Anak.Watan.Betong

Sebuah blog pribadi yang mengisahkan tentang kehidupan blogger itu sendiri dan juga mempamerkan isu-isu semasa.

YOTOKUU!!!

Sebuah blog yang mengisahkan benda yang pelik-pelik.

wild-fox mansa menoa

Sebuah blog yang mengisahkan tentang isu-isu semasa dan juga orang yang paling banyak mengajar James dalam dunia blogger.

pengerindu

Sebuah blog yang menarik dan mempunyai pengalaman yang mendalam dalam dunia blogger.

Geng Blogger

Sebuah blog yang cantik dan mempunyai banyak enrti yang manarik.

Showing posts with label 18 SX. Show all posts
Showing posts with label 18 SX. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Al-Kisah Si Koboi

Al-Kisah...

Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata :

Si Ular : "Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari".

Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya :

Si Koboi : "Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?". Tanya Si Koboi.
Si Ular : "Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?". Kata Si Ular Itu.

Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata :

Si Koboi : "Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang Ketiga "Anu" Saya Sebesar "anu" Kuda Yang Saya Tunggangi Itu". Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya.

Si Ular Berkata Dengan Tenang :

"Sonang Bai Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah Ya, Saya Pergi Tata Titi Tutu". Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun Dan Menghilang.

Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya. Memang Hari Sudah Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan Cermin Dan Berkata :

"Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai Ularr!". Sambil Berjalan Dia Masuk Ke
Bilik Dan "Z z Z z " Ketiduran.

Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa Yang Terjadi, Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya Mirip Lionardo Dikopiko Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot Yang Menonjol, Dia Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak :

"Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!".

Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam Itu Adalah Kuda Betina...!!.


MORAL : Masa Kat Sekolah Dulu Tak Ambil Subjek Pendidikan Moral .

Thursday, July 28, 2011

Tiga kali je..

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan
malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50
tahun.
Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula
bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama,
suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama
Maria.
"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui,
susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg
asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya.
Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang
selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka
suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria
mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la
marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana
boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita
lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan
selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak
dirampas oleh bank"


"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami.
Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu
Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah
kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."


"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini,
tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita
jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"


"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab
ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya,
abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg
Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan
utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang
tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan
kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si
Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang,
ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248
undi lagi...."
Tan Sri pengsan kat situ jugak...

Kisah 3 Beradik Yang Kahwin Serentak

Alkisah, ada 3 orang adik beradik, yang mana ketiga-tiga perempuan.
Anak yang sulung, namanya Rozana, yang kedua namanya Rozita, dan yang ketiga nama Roslina. Oleh kerana mereka ini anak kesayangan kedua orang-tuanya, maka mereka dikahwinkan bertiga secara serentak dengan pasangan pilihan masing-masing. Selepas berkahwin, pergilah mereka berbulan madu atau dalam bahasa Inggerisnya Honeymoon ditempat yang berasingan mengikut selera mereka dan pasangan masing-masing. Rozana memilih untuk berbulan-madu ke Pulau Tioman di Pahang, Rozita pula bercadang nak ke Pulau Pangkor, Perak dan Roslina ke Langkawi, Kedah.


Sebelum mereka pergi berbulan madu, kedua-orang tua mereka berpesan dan meminta agar mereka menghantarkan berita tentang segala apa yang terjadi sepanjang tempoh berbulan-madu itu. Oleh kerana kedua orang-tua mereka menggunakan telefon bimbit, maka ketiga-tiga anak mereka diminta mengirimkan pesanan ringkas (SMS) mengikut KOD yang mereka faham berdasarkan iklan di TV, Majalah, Akhbar dan lain-lain media.
Tiga hari selepas mereka pergi berbulan madu, sampailah mesej pertama dari anak sulung mereka Rozana, berbunyi ringkas “STANDARD CHARTERED“. Setelah kedua orang-tua mereka mendapat pesanan tersebut, cepat-cepat mereka mencari iklan standard chartered di dalam akhbar. Iklan itu berbunyi ” BESAR, TEGUH, PERAMAH”, maka tersenyumlah ayah dan bonda Rozana? Fahamlah mereka yang anak meraka sedang berbahagia.


Pada hari keempat, tiba lagi satu SMS dari Rozita di Pulau pangkor. SMSnya pendek saja, “NESCAFE“. Dicarinya iklan Nescafe di dalam majalah dan dibacanya iklan tersebut,..berbunyi,? “NIKMATNYA SAMPAI KETITISAN TERAKHIR“. Tersenyum bangga kedua orang tua Rozita, sambil ketawa tak kering gusi, happy.


Masuk hari kelima, tiada apa diterima. Begitu juga hari keenam dan ketujuh. Tiada berita dari anak bongsunya. Ayah dan emak Roslina mengeluh dan terdetik dalam hati mereka? “anak aku ni, dah dapat suami langsung lupakan aku?sampai hati mereka,..hingga tak menghantar khabar berita kepada aku pun?”


Seteleh masuk minggu kedua, akhirnya tiba-tiba handphone ayah Roslina berbunyi “Beep, beep” tanda mesej sampai. Lalu dibaca mesej ringkas itu berbunyi "CATHAY PACIFIC” Dengan segera kedua orang-tua Roslina mencari iklan dari majalah. Didapati iklan tersebut berbuny,? “7 KALI SEMINGGU, 3 JAM SEHARI, NON-STOP!!!!!!” ??????????????..

Noda² Hina

Aku ditempatkan disuatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong, aku masih ingat nama itu. Dialah yg memiliki kami. Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe. Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong. Joe menghampiri dan membawa aku pergi.Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang.


Alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan, tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa. Perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku. Dilurut-lurutnya berkali-kali. Namun apakan daya, sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku.Joe menghela nafas panjang.. bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku.. apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis.


Suasana sepi seketika.. Joe senyap tanpa sebarang bicara.. entah berapa kali jam ditangan direnunginya..Sayup2 kedengaran beberapa suara.. seakan menghampiri kami.. Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu.. Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini..aku resah dengan renungan itu.. renungan yg dipenuhi nafsu serakah.. Joe memperkenalkan aku padanya.. Roy. begitu jugak dengan yg lain2. Jack, Poie dan sigemuk itu.. Agi.


Roy membisikkan sesuatu pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy. Perkara turkutuk tadi dilakukan lagi. dari tangan ke tangan aku berpindah. aku dikucup.diisap, diramas sepuas-puasnya. aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya.. seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu.. tubuh ku di kecap mereka sepuas hati..dan akhirnya. setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang. Habis madu sepah dibuang. maruah hidupku hancur..Begitulah kisah ku.. AKU SEPUNTUNG ROKOK

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Facebook Anak.Watan.Betong

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites