Anak.Watan.Betong

Sebuah blog pribadi yang mengisahkan tentang kehidupan blogger itu sendiri dan juga mempamerkan isu-isu semasa.

YOTOKUU!!!

Sebuah blog yang mengisahkan benda yang pelik-pelik.

wild-fox mansa menoa

Sebuah blog yang mengisahkan tentang isu-isu semasa dan juga orang yang paling banyak mengajar James dalam dunia blogger.

pengerindu

Sebuah blog yang menarik dan mempunyai pengalaman yang mendalam dalam dunia blogger.

Geng Blogger

Sebuah blog yang cantik dan mempunyai banyak enrti yang manarik.

Showing posts with label hidup James. Show all posts
Showing posts with label hidup James. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Kebinggungan mengatasi kita bila kita perlu membuat satu keputusan yang susah.

Pada posting kali ini,James ingin berkongsi sedikit motivasi kepada anda semua berdasarkan pengalaman James sendiri.Kadang-kadang dalam kehidupan kita seharian,kita perlu membuat pelbagai keputusan,samada keputusan untuk orang lain (dengan niat menolong) ataupun untuk keputusan hidup kita sendiri.

Ramai orang takut untuk membuat sesuatu keputusan.Ini adalah kerana ramai orang yang takut salah dalam keputusan yang dibuat.James mengaku bahawa James juga merupakan salah seorang yang takut untuk membuat sesuatu keputusan yang penting dalam hidup James.Tapi tak juga semua keputusan James takut.James cuma takut untuk mengambil risiko bila sesuatu keputusan itu penting.Sebagai contohnya,James mendapat tawaran untuk belajar dan juga bekerja.Ini contoh saja lah.Bila kita lihat 2 aspek ini iaitu belajar dan bekerja,ia merupakan 2 pekara yang sama-sama penting.Apabila James mengambil keputusan untuk belajar,James juga risaukan lepas habis belajar James tak mendapat tempat di bidang pekerjaan disebabkan persaingan dengan graduan yang lain.Kalau James ambik keputusan untuk bekerja,apakah James nak kekal dengan gred yang James ada sekarang?Kenaikan pangkat agak lambat.Tak kan nak dah ada isteri anak-anak pun masih makan gaji 1K je...Mampus la macam ni...Kalau kita lihat dua perbandingan tadi,memang ianya memerlukan pemikiran yang tajam dan mendalam.Ini adalah kerana kedua-dua keputusan ini memang penting dalam hidup kita.Memang susah untuk kita membuat sesuatu keputusan dalam hidup kita.

Pernah juga kakak angkat James berkata,dalam membuat sesuatu keputusan,keputusan yang kita ambil tak semestinya betul.Ini adalah kerana kita belum lagi melihat kesan daripada keputusan itu.Yang paling penting kita mesti berani dan yakin dengan keputusan yang kita ambil.Tanpa keyakinan dan juga keberanian kita takkan mampu melakukan sesuatu.

Bila James fikir balik,memang betul juga apa yang dia bagitau James.James pun mula untuk memberanikan diri dalam membuat sesuatu keputusan dalam hidup James.Keputusan yang paling penting buat pertama kalinya James buat waktu James berumur 19 tahun.James membuat keputusan untuk mencari kerja dan tak nak sambung belajar lagi sehingga James sudah confirm kerja.Mungkin ada yang mengatakan usia ini sudah lewat untuk belajar membuat sesuatu keputusan.Tapi bagi James sendiri,James tetap berpuas hati sebab James dalam masa itu sedang menuju ke jalan kematangan dalam berfikir.kematangan dalam berfikir juga mempengaruhi kita dalam membuat sesuatu keputusan dalam hidup kita.Tanpa fikiran yang matang,keputusan yang kita ambil membahayakan kita sendiri.

Sebagai kesimpulannya disini,membuat sesuatu keputusan dalam hidup kita merupakan sesuatu yang penting.Keputusan yang kita ambil juga tak semestinya betul.Walaubagaimanapun kita perlu cuba untuk berfikir dengan sebaik mungkin agar kita mampu berpuas hati dengan setiap keputusan yang kita dapat.

Sekian terima kasih,
Yang benar:
James Bana

Monday, October 10, 2011

Cara kita sewaktu kita menjadi bos

Rasanya lama juga James dah tak update blog ni...Alasannya James busy dengan Program Regatta yang diadakan di pekan Marudi sini.Masa Regatta ni tadi,memang James tak da masa untuk jenguk blog James.Bila James jenguk blog James,james tengok follower James dah bertambah..Dengan ini juga James ingin mengucapkan ucapan terima kasih banyak-banyak kepada semua follower blog Anak.Watan.Betong ni.Terima kasih diatas semua sokongan yang anda berikan...Cheh,macam ucapan dalam majlis perpisahan pulak ni...

Kepada semua follower blog James,mana-mana blog korang yang James belum folow korang bagitau James la k...James ni bukan jenis yang suka menghampakan orang dan memberikan harapan kosong.

Dengan kesempatan ini juga James ingin bercerita sedikit tentang pengalaman James sewaktu James mengikuti program Regatta di Marudi,Miri,Sarawak yang bermula dari 29 September 2011 hingga 02 Oktober 2011.Yang pertama sekali James tengok dalam list V.I.P yang akan datang ke Marudi,memang James dapat jangkakan macam mana kesibukan di sini nanti.Antara V.I.P yang akan datang adalah Sultan Brunei Darul Salam,Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (ketua menteri Negeri Sarawak) dan Isterinya,Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak dan banyak lagi menteri-menteri dari Sarawak yang lain.Tak dapat James nak jelaskan macam mana.

Tengok je list V.I.P tu James rasa lebih baik lah James tak payah terlibat dengan apa-apa tugas.Sebab James fikir masa ni lah masa yang paling busy.James rasa ni la peluang untuk James happy.Tapi niat James terpadam apabila S.A.O dari Pejabat Daerah menyuruh James bekerja bermula dari 30 September hingga 2 Oktober 2011.Dah la masa tu hujung minggu lagi.Sampai hari Ahad lagi tu.Dah la pada hari Isni bekerja seperti biasa.Herrrmmm..Nampaknya memang tak da masa untuk James berehat.Dengan hati yang berat,James pun mengikuti brieffing yang pertama dengan diaorang dari Pejabat Daerah.

Tu kali pertama James mendengar arahan dari S.A.O tu.Part ni la yang James nak cerita.Cara dia mengeluarkan arahan memang best.Dia tak da menekankan mana-mana staff dia.James memang suka arahan yang macam tak membebankan perasan kita.Sebagai contohnya,sebelum kita memulakan tugas,hati kita memang sudah tergores dengan kata-kata bos.Mana ada mood lagi nak buat kerja.Belum mula kerja pun sudah membebel.Ni la yang selalunya membuatkan James tertekan dengan arahan yang dikeluarkan oleh bos.bagi James sendiri,bos yang macam ni memang tak tahu nak ambil hati staff dan juga tak mempunyai banyak pengalaman bekerja.

Yang kedua,cara S.A.O ni mengeluarkan arahan dengan tegas dan berani.Dia punya arahan memang clear.Memang dapat kita fahami dengan cepat.Semasa dia memberikan arahan memang dia straight to the point.Dia tidak berasa takut untuk mengeluarkan arahan.Walaubagaimanapun,dia seorang yang lawak juga.Dia membuli James pada waktu tu.Dia suruh James bertugas awal sebab James ni masih muda dan membujang...hehheh..James cuma mampu tersenyum je.Sebagai contonya,dia tidak gagap dalam mengeluarkan arahan.Kebanyakan bos ni dia punya arahan sukar untuk kita fahami.Hal ini adalah disebakan seseorang bos itu tidak confiedent dengan arahan dia.Ketegasan dalam mengeluarkan arahan juga penting.Kalau kita tak tegas,mana orang nak ikut arahan kita??Betol tak bos-bos sekalian.

Yang ketiga dan terakhir ini adalah sewaktu seseorang itu melakukan kesilapan.kalau anak buah anda melakukan kesilapan anda marah tak??Tak marah??tak patut tak marah...rasa nak bagi je penendang tanpa bayang kan.Tapi bagi James sendiri,kita tak patut marah dengan sesuka hati.Walaupun kita dah marah tahap dewa sekalipun,cuba untuk menjaga hati orang lain.Kalau anda dah marahkan orang lain,orang lain mungkin akan kehilangan respect dengan anda semua.Kalau dah hilang respect tu,mana ada ngam lagi.Kalau dah tak ngam lagi,mana ada mood kerja.Kalau mood kerja dah tak da,rasa menyampah yengok muka masing-masing.ehheheh..Banyak juga effect dia kan.Berbalik kepada cerita S.A.O ni tadi,kalau seseorang itu membuat silap dia tetap akan anggap anda seperti biasa.Bukan dia buat tak tahu je,tapi dia masih menjaga perasaan orang lain kerana dia tak mahu orang lain membenci dia.Sebagai contonya,ada satu kali James lewat untuk bangun pagi disebabkan James dan kawan-kawan James pergi clubing malam tu.jadi keesokan harinya James lewat satu jam dari masa yang telah ditetapkan oleh S.A.O ni.Dia pun nampak James lewat untuk melapor diri bertugas.Dia terus memberikan James tugas seperti biasa.Ni la yang dikatakan bos yang sporting.Macam ni la baru bos,tetap cuba untuk menerima kesilapan dan kesalahan orang lain.

Sebagai kesimpulannya,walaupun kita ni bos,seseorang yang berada di atas dalam carta organisasi,kadang-kadang kita ni perlu juga memandang orang yang dibawah.kehebatan sesebuah organisasi bergantung kepada pekerja yang melakukan tugas ruti harian.Bos tak melakukan tugas ruti harian.Dalam sesebuah organisasi,perhubungan di antara staff dengan bos amat penting.jadi,kepada bos-bos sekalian,ataupun yang bakal menjadi bos sama-samalah renungkan ni.

P/S:kepada bos-bos sekalian,James ingin memohon maaf seandainya apa yang James coretkan ini menguris perasaan bos sekalian tika lena membaca.Jauh disudut hati James bukan untuk melukakan hati anda semua,tapi sekadar berkongsi pengalaman dengan anda semua.Mana yang baik dari James jadikan teladan yang kurang baik jadikan sempadan.

Sunday, September 25, 2011

james menjadi semakin popular

Rasanya pada hari ni James tak da benda nak update kat blog,tapi James rasa nak juga James update.Erm....macam mana nak mula ni!!!!ehhehhehe....mengelabah je ni.....tak pe la,mula seperti biasa je la....

Pada hari sabtu yang lepas,James diajar oleh Pegawai Daerah kawasan Marudi,Sarawak untuk mengikuti majlis kesyukuran sempena perlantikan Penghulu Nyadang sebagai penghulu.Kami berangkat kira pukul 8 pagi bersama dengan tuai rumah yang lain.Sampai di sana,James menjadi V.I.P(Very Important Person).Mulanya segan jugak la James duduk di atas kerusi bersama dengan Y.B sylvester Enteri N66 Marudi.Tak sangka juga James akan menjadi tetamu kehormat.

Setelah selesai semua ucapan,kami pun ada bergambar untuk menyerahkan sijil menjadi penghulu kepada penghulu Nyadang.Pada malam itu,James pun happy hour dengan penduduk kampung di situ.

Setelah beberapa hari selepas tu,kawan James call James mengatakan gambar James terkeluar dalam akhbar Borneo post..James pun mengelabah untuk mencari news paper tersebut.Nasib baik james ada jumpa...Tapi kat Borneo post versi melayu ni tak clear gambar James berbanding dengan di Borneo post versi english.Korang nak tengok tak gambar James.Kejap ya..
Yang bulat tu adalah gambar James.Hehhehe...bangga juga James dengan diri ini..ehheh....


Nampaknya James akan menjadi semakin popular selepas ini.Harap James dapat lakukan lebih dari ini untuk mengharumkan nama keluarga James...

P/S:James bukan nak membangga diri..James cuma bagitau kat kekawan je....

Saturday, July 16, 2011

Terima kasih sayang

Melalui ruanagan blog James ini,James ingin mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua rakan James yang mengucapkan happy birthday kepada james sama ada melalui ruangan FB atau pun melalui handphone....terima kasih semua....














************************************************************************************

Sekali lagi James nak ucapkan terima kasih,TERIMA KASIH SEMUA>>>
......I LOVE YOU ALL FREN....

sila klik gambar tersebut untuk melihatnya lebih jelas

...Happy birthday to me....

Sebenarnya 16 Julai 2011 adalah Birthday James,tapi James tak cellebrate disebabkan masalah kewangan dan masalah pribadi yang James hadapi.Pada awalnya James rasa macam pelik juga bila James tak celebrate birthday James ni..Reasonnya,James selalunya akan celebrate birthday James tiap tahun...tapi tahun ni James tak dapat nak celebrate...


Kat ruangan ni sebenarnya James nak kongsikan dengan kawan tentang perbanding diantara masa hari lahir James tahun lepas dengan hari lahir James tahun ni.Pada 13-Julai 2010,James telah dipertemukan dengan seorang perempuan yang James tak sangka James dapat menyayangi dia dengan sepenuh hatii.Ini adalah kerana niat awal James untuk couple dengan dia adalah sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja....tapi diawal pertemuan James dengan dia pada malam 13 Julai 2010,James dapat rasakan yang James akan menyayangi dia dengan sepenuh hati James...Tiba pula masanya di hari lahir James.Pada malam tu kami keluar lagi...Pada malam ni,dia berikan sesuatu yang amat berharga buat James dan juga dia...Ini memang tak dapat James lupakan...Pada malam itu,kami balik pada pukul 6 pagi dan James dan dia terus bekerja pada pagi itu...semua ini James tak dapat nak lupakan...Tapi sayangnya cinta kami hanya mampu bertahan setakat 8 bulan...Tapi kenangan itu tetap James simpan supaya ia menjadi kenangan yang terindah...


Pada tahun ni pula,kalau James gembira pada tahun lalu pada hari jadi James,tahun ni James ada sedih sedikit.Ada beberapa sebab James bersedih..Yang pertama mestilah sebab utama kan?Yang paling utama menyebabkan James bersedih adalah kerana James terpaksa berpindah ke tempat kerja yang baru.Dah la kawasan pendalaman,tak de rumah lagi tu..terpaksa James menyewa...lagipun James tak kenal sape-sape kat ni..Ni la pengalaman pertama James jauh dari keluarga...James kena mula dari awal...James kena berdikari sendiri...kalau dulu,kalau James tak masak,ada mak yang masakkan..ni kalau James tak masak,James yang tak makan...Mati la kalau tak makan hari-hari...Hari-hari berlauk sardin,jemu juga makan sardin hari-hari..Argh...semuanya serba susah...walaubagaimanapun,hidup ini perlu diteruskan...Malaslah James nak fikirkan benda yang terjadi esok..kalau James fikirkan,James yang jadi binggung nanti...Erm...susahya....Sebab James rasa sedih yang kedua adalah kerana James tak dapat nak celebrate birthday...Pada 16 Julai 2011,tapi terpaksa berangkat ke Marudi iaitu tempat kerja James yang baru.James pegi sana pun pakai express..Tak kan nak celebrate birthday dalam express tu pulak...Dah la banyak orang...Nampak gayanya memang tak dapat lah james nak,celebrate birthday James ni...

***********************************************************************************


Berdasarkan dua perbandingan tadi,beberapa kesimpulan yang dapat James buat...Nanti kalau kesimpulan James salah,korang lah tolong perbetulkan k..Pada tahun 2010 tu,James dapat lihat kegembiraan pada hari lahir James.Tapi pada tahun ni James rasa sedih pula...Berdasarkan fakta ini,satu kesimpulan yang James dapat.Tuhan maha adil.Buktinya adalah dia memberikan kegembiraan dan kesedihan secara samarata.sebagai contohnya,pada tahun lepas James berasa gembira dengan hari lahir James kerana Tuhan telah mempertemukan James dengan seoarang perempuan...tetapi pada kali ini,James rasa sedih kerana James akan bertugas di tempat kerja yang baru...Dengan ini terbuktilah bahawa tuhan memberikan kesedihan dan kegembiraan secara adil dan sama rata.

P/s:terpulanglah dengan korang sendiri nak percaya ke tak dengan kuasa Tuhan.Tapi dengan James sendiri,banyak benda telah terjadi dengan campurtangan Tuhan dalam Hidup James...

Wednesday, July 6, 2011

lebih baik berdiam diri daripada menjawab

pada hari ahad dalam minggu ni James rasa sangat teruk. Abang James telah bergaduh dengan isterinya. Tetapi yang menjadi mangsanya adalah James. Walaupun James tak salah apa-apa James juga yang menjadi mangsanya. Walaubagaimanapun James tetap sabar. Waktu James kena marah tu James mengambil keputusan untuk tidak menjawab. Walaupun James bukan seorang yang sabar, James akan cuba untuk bertahan setakat yang mampu.

Tapi selepas pekara tu terjadi hubungan kekeluargaan kami menjadi renggang. James banyak menghabiskan masa dengan bersendirian. Kalau dulu James lepas balik kerja James akan menonton tv terlebih dahulu dan mengambil masa untuk tidur sekejap di waktu petang. Tapi kini James tak lagi seperti itu, James terus mandi dan masuk bilik.


Beberapa pekara yang James dapat lihat dari kejadian ini. Yang pertama adalah,apabila seseorang itu marah dia tak akan dapat kawal mulut dan sikap dia. Ini terbukti apabila kakak ipar James memarahi James sedangkan James tak da salah. Banyak orang di dunia ini yang cuba untuk mengawal orang lain tapi tak mampu untuk mengawal diri sendiri.”many people want to conquer the world but can’t conquer himself”. Betul ke English aku ni..ehehhe.. biasalah bukan orang yang educated.
Yang kedua James mendapati bahawa apabila terjadi sesuatu pekara ,keadaan sekeliling akan berubah. Ini juga terbukti apabila James telah berubah . seperti yang James katakana tadi James banyak telah berubah dan banyak menghabiskan masa dengan bersendirian daripada bersama dengan “keluarga” James disini. Benar kata orang,sesekali ombak(masalah) menghempas pantai(diri kita),sesekali pantai(diri kita)akan berubah... hahha hebat tak perumpamaan James???



Yang ketiga,bila terjadi sesuatu masalah sukar untuk kita mengambil keputusan yang betul. Selepas hal ini terjadi, James mengambil keputusan untuk balik kampung dan meninggalkan pekerjaan James. Tetapi tindakan James ini mendapat tentang dari kawan James yang menolong James untuk mendapatkan pekerjaan ini dahulu. Dia katakan bahwa James seperti orang yang bersalah jika lari daripada masalah. Bukan James hendak lari sebenarnya Cuma James tak tahan dengan keadaan sebegini sebenarnya. Biasanya beginilah keadaan James. Bila James mendapat sesuatu masalah, James akan cuba untuk lari.

Itu pandangan James dari kakak ipar James .Satu pekara yang James pelajari dari diri James sendiri iaitu berdiam lebih baik daripada menjawab. Ini adalah kerana,jika kita menjawab sewaktu orang itu sedang marah,dia akan menjadi semakin marah. Bila seseorang itu marah,dia akan membawa api. Bila kita menjawab,kita juga membawa api. Apabila api bertemu dengan api,maka api itu akan menjadi semakin marak. Dengan ini,lebih baik kita bersabar saja. Banyak lagi orang yang mendapat masalah besar daripada kita. Cuba untuk mengawal diri walaupun dalam kemarahan.
Ini sahaja yang dapat James kongsikan untuk hari ini. Besok James juga akan berhadapan dengan satu lagi masalah berkenaan dengan kerja James. Petang tadi pihak pembangkang dating ke pejabat James untuk bertanyakan tentang status permohonan seorang perempuan cina. James terpaksa explain dengan bos James baik-baik agar dia punya permohonan dapat diluluskan. Kalau tidak James akan mendapat masalah nanti…
Ok nanti lain hari kita akan berjumpa lagi dalam artikel yang lain. Salam perpaduan dan salam satu Malaysia. Chewahhh…..

Wednesday, May 11, 2011

Antara James N "bie"

Sebenarnya sudah lama James ingin luahkan rasa hati James yang sudah lama terluka ini.Tapi disebabkan rasa malu dan juga tidak mahu memalukan “B” jadi James pendamkan saja rasa hati James ini.Tapi semakin lama James pendam,semakin menjadi-jadi dalam hati James.Tapi kali ini James nekad untuk luahkan rasa hati James ini. James memang sayang gila dengan “B” ini.Sudah beberapa bulan James sudah brek dengan “B” tpi James masih lagi tak dapat lupakan dia.
walaupun James kenal "B" dalam masa yang singkat dan perhubungan kami hanya 8 bulan namu pertemuan ini membawa seribu kenangan yang sukar untuk james lupakan

Okla, James akan memulakan cerita tentang pertemuan James dengan “B”.Kisahnya bermula dengan adegen cabar mencabar untuk dapatkan cinta dari “B”.One day,kawan James cuba untuk menackle “B”.”B”ni bekerja di kedai telefon.Kawan James ini dia pergi top-up di kedai tempat “B” bekerja.Pastu dia tinggalkan no handphone dia kat “B”.Kawan James ni suruh “B”mesej dia setelah “B” habis bekerja.Tapi “B” jual mahal dengan kawan James ini.”B” tak layan dia langsung pun.Pada petang itu, James dan kawan-kawan James yang lain lepak sama-sama di port biasa.Jadi kawan James yang cuba tackle “B”ni pun cerita yang dia sudah bagi “B” no handphone dia.Jadi setelah itu James pun menjadi risau. James pun Tanya la, “dia ada bagi respon tak?”.Kawan James ni katakan mungkin belu masa dia bagi respon. James pun mula risau.Jadi James pun plan macamana James nak tackle “B” ni.Rancang punya rancang, James pun dapat idea.Kebetulan juga pada masa itu abang angkat James nak belikan james handphone baru.Jadi Jamespun pun pergi ke tempat “B” bekerja untuk survey handphone.

Bermulanya episode yang pertama.sampai di kedai handphone tu, James tak de la terus layan dia. James pun buat cam biasa je dulu.Akhirnya James jumpa handphone baru James.Tak sangka juga pada masa tu “B” benci dengan James(pengakuan dia sendiri la sewaktu kami berdua sudah couple).Tapi tak pe…Segalanya masih baru.Makna nya semua nya masih undercontrol lagi.Kebetulan juga masa tu handphone James tak de full set accessories.Jadi James pun selalu lah pegi ke kedai handphone ni untuk tanya tentang accessories handphone James.Jadi masa ni la James ambil peluang untuk tackle dia.Jadi James pun sapa “B” lalu kami pun berbual panjang lebar.sebelum James balik ke rumah James sendiri, James pun minta no handphone dia.Mula-mula bukan main susah lagi James nak dapatkan no dia. Akhirnya James pun Berjaya ayat dia dan “B” pun bagi no handphone dia kat James.

Bermulanya episode yang kedua,Jadi petang itu James pun mesej dia.Mula-mula tak de reply..Risau juga james di buatnya.Pada pukul 6 petang baru “B” ada reply.Jadi kami pun bermesej seperti biasa.Cara bermesej pun James rancang jugak,supaya “B”tak rasa kekok dan rasa macam sudah lama kenal dengan James.Kami pun bermesej dengan rancak sekali. Dari pukul 6 petang sampai pukul 12 malam. Pada malam itu James memang banya idea.”B”tanya James nak panggil James apa. James pun katakana “kalau tak keberatan panggil je “hubby”, “B” pun setuju untuk panggil James sebagai “hubby”.Sebenarnya James nak ajak “B” keluar malam waktu tu,tapi masalah nya abang angkat James tidur dengan James pada malam itu.Pada pukul 12 malam itu,tiba-tiba abang angkat James mengalami migraine. Abang angkat James pun balik pada ke rumah dia sendiri pada malam itu juga. Jadi semua line pun sudah clear.selang 5 minit lepas abang angkat James balik ke rumah dia sendiri, James pun ajak “B” keluar malam waktu tu. “B” pun setuju untuk keluar bersama James pada malam tu. James pun pergi ke rumah dia untuk ambil diaa keluar. Pada malam tu James dan “B” pun dating di taman sebab malam dah jauh,takut nanti tersempak dengan polis yang meronda waktu malam. Malam itu kami berdua dating dengan rancak sekali. Walaupun baru je jumpa tapi rasa cam lama sudah kenal. Memang best la malam tu. James dan “B” balik pada malam itu kira-kira pukul 5 pagi. James pun hantar “B”balik ke rumah “B” sendiri.Pada malam itu memang banyak kenangan James ciptakan bersama “B”. tak sampai 5 minit James sampai di rumah James sendiri abang angkat James pun sampai untuk mengambil kakak James yang nak kerja pada pagi tu.Akhirnya abang angkat aku pun tahu aku keluar pada malam tu disebabkan aku lupa tukar pakaian.Lain pakaian yang aku pakai semasa tidur lain pula pakaian yang James pakai pada pagi itu.Jadi abang angkat James pun marahkan James kerana James keluar malam dan juga menggunakan motosikal abang angkat James yang dah tamat road-tax. Dengan ini abang angkat James pun tak benarkan James mengunakan motosikal dia lagi.Tapi sebelum abang angkat James ambil motosikal dia James memang selalu keluar dengan “B”. tapi selepas abang angkat James ambil motosikal dia dari James kami pun jarang keluar.sampai satu saat kawan “B”(perempuan) ajak “B” keluar minum. James pun suruh “B” bawa kawan “B” tu ambil James.Kawan “B” pun setuju.Kawan “B” tu pun bawa dia punya boy.Kebetulan juga boy kawan “B” tu juga kawan James.Jadi kami pun minum bersama-sama kerana kawan “B” tu ada bawa air sekali. Setelah habis kami minum James pun ajak mereka ke rumah James untuk minum disana.Kami pun balik ke rumah James dan minum disana.Pada malam itu,kami balik kira-kira pukul 6 pagi. Sejak dari itu kami pun selaliu keluar bersama.Selang sebulan lepas tu, James pun beli sebuah motosikal baru(lagenda 115). James dan “B” pun selalu keluar malam.




Tak dapat nak cerita semua…jadi James pun pendekkan cerita saja.suatu hari handphone James rosak. Jadi James pakai handphone “B” yang satu lagi. Setelah handphone James siap, James dan “B” pun bertukar handphone lagi.Tiba-tiba “B” baca mesej James yang tinggal di handphone “B”. jadi “B” pun tahu yang James curang dengan “B”.sebenarnya perempuan yang dengan James mesej itu adalah couple lama James.Hubungan kami berdua dah tak beberapa clear lagi.Pada malam itu “B” cukup frust dengan James.”B” pun menangis depan James. James pun cuba tenangkan “B”Akhirnya hubungan James dengan “B” dapat dieruskan seperti biasa.
Beberapa lama selepas itu aku pun perkenalkan “B” kepada keluarga angkat James dan kawan-kawan James yang lain.Setelah “B” kenal rapat dengan keluarga angkat James,kami pun sering bermalam disana. James dan “B” seringkali minum dengan kawan-kawan dan keluarga angkat James.”B” pun menjadi semakin rapat dengan kawan-kawan James. Hamper semua kawan James “B” kenal.
Pada suati hari,James berkenalan dengan seorang awek di Facebook.Actually James dan dia ni buka couple cuma kawan biasa sahaja.””B” pun sangka James curang dengan “B” satu kali lagi.sejak dari itu James dengan “B” seringkali bergaduh.Pada suatu malam James dengan “B” bergaduh besar. James pun pura-pura balik rumah James.Tapi James saja je nak uji “B”. Selang 5 minit selepas itu James pun balik lagi ke rumah keluarga angkat James. James pun cari “B” kat tempat tidur kamiberdua,tapi “B” takde.Tiba-tiba James lihat “B” sedang menangis di meja makan. James pun pujuk “B”.Pada malam itu “B” pun ok saja.Pada malam yang seterusnya,aku dan “B” tidur lagi di rumah keluarga angkat James.Tapi pada malam itu, “B” tidak tidur bersama James. James pun mula marah dan cuba kejutkan “B” supaya “B” tidur bersama James.Tapi “B” tak mahu.Pada kesokkan harinya, James pun mengambil “B” seperti biasa.sedang James dan “B” balik,”B” cakapkan dia ada sesuatu nak bagitau James. James pun bawa “B” ke tempat Jamesdan “B”selalu lepak dulu.”B” pun memulakan percakapan dia.padahal “B” nak ajak James break.Pada saat itu,air mata James pun turun.tak pernah sebelum ini James mengeluarkan air mata kerana wanita.Inilah pertama kalinya.Memang sedih rasanya. James pun cuba pujuk “B” supaya hubungan kami dapat diteruskan.Tapi “B” pun tetap juga mahu brek dengan James.Akhirnya, James terpaksa akur dengan kehendak “B”.Adegen pujuk memujuk dan juga tangis menangis ini berlangsung dengan lamanya. “B” pun turut menangis.Setelah James akur dengan keputusan “B”, James pun hantar “B” untuk mengambil pakaian dia.”B” dan James disuruh oleh mumy angkat James untuk bermalam.Disebabkan masih lagi bersedih,aku terus masuk bilik dan menangis pada masa itu.Ada juga masa nya “B” menjenguk aku.Setelah beberapa kali “B” menjenguk James,”B” pun tidak lagi menjenguk James.Memang James tak dapat nak lalui ini semua..Pada malam itu James balik ke rumah James sendiri.Minyak moto James pun habis.Terpaksa juga James suruh kawan James hantar James balik ke rumah. James pun berpesan kepada kawan James ini supaya dia hantarkan “B” balik pada keesokan paginya.Pada malam yang seterusnya, James cuba mencari “B” dalam keadaan hujan.Tapi James tak jumpa “B”. James pun berbincang dengan kakak “B” supaya dia menolong James.Tapi jawapan “B” tetap juga sama


Setelah itu James pun pergi ke Miri untu melupakan semuanya.Belum sampai seminggu James sampai di Miri,kakak “B” mesej James dan bertanyakan “B” ke mana. James cakapkan yang James tak tahu. James akan mencari kemana “B” pergi.Akhhirnya James mendapat tahu bahawa “B”” bermalam di rumah keluarga angkat James.”B” juga ada couple baru untuk mengantikan tempat James.Padahal couple “B” itu adalah kawan James yang bersama dengan James berebut untuk mendapatkan cinta dari “B” dan juga yang James suruh untuk menghantar “B” balik tadi.Tak sangka juga James kawan James ini sangup mengkhianati James.
Kini di kepala James, James akan membenci kawan James itu dan juga tak James sangka “B” sangup menjadi “public toilet”,sapa-sapa je boleh pakai.
Walaupun James sayang kat “B”,James tak dapat nak kembali kepada “B” lagi kerana “B” sudah jadi “public toilet”Tapi sampai sekarang Jamestak dapat nak lupakan “B”
Tak lama lagi James akan balik ke kampong,macamana James nak berhadapan dengan “B” dan juga kawan James yang mengkhianati James ini.
Setakat ini saja lah kawan-kawan untuk minggu ini.

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Facebook Anak.Watan.Betong

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites