Anak.Watan.Betong

Sebuah blog pribadi yang mengisahkan tentang kehidupan blogger itu sendiri dan juga mempamerkan isu-isu semasa.

YOTOKUU!!!

Sebuah blog yang mengisahkan benda yang pelik-pelik.

wild-fox mansa menoa

Sebuah blog yang mengisahkan tentang isu-isu semasa dan juga orang yang paling banyak mengajar James dalam dunia blogger.

pengerindu

Sebuah blog yang menarik dan mempunyai pengalaman yang mendalam dalam dunia blogger.

Geng Blogger

Sebuah blog yang cantik dan mempunyai banyak enrti yang manarik.

Showing posts with label yang terbaik minggu ini. Show all posts
Showing posts with label yang terbaik minggu ini. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Mat Poyo ingin dilihat 'cool'

Dihasilkan oleh:Hishamuddin Rais

Ramai politikus tidak tahu apa itu cool. Mak Cik Felda pun tak tahu apa itu cool. Malah ramai juga anak muda yang tidak tahu apa itu cool. Mereka yang tidak tahu apa itu cool tidak juga tahu apa itu skema dan apa itu 'poyo'. Inilah masalah, apabila telah menjadi poyo mereka tidak lagi cool.

Cool dan poyo adalah pengistilahan hari ini yang terkini. Cool dan poyo muncul dari lingo terkini - dari lingo anak muda. Tidak ada anak muda yang waras fikrah ingin dilihat poyo dan skema. Sayangnya bukan satu kerja enteng untuk dilihat cool.

Kadangkala dalam percubaan untuk dilihat cool ramai yang dilihat bangang. Mustahil seorang Siti Nur Haliza tahu siapa dia Holden Caulfeild atau apa itu Winnie the Pooh.

Berita terkini telah tersebar bahawa Najib dikatakan melanggan satu lagi syarikat iklan antarabangsa untuk memperlihatkan dirinya cool. Lawan cool ialah poyo. Ertinya Najib tidak mahu lagi dilihat sebagai 'Mamat Poyo'.

Sebenarnya tidak ada sesiapa ingin dilihat poyo. Mereka yang poyo biasanya hidup dengan tekanan jiwa yang amat sangat. Sayangnya ramai yang tidak sedar bahawa mereka itu adalah sosok poyo.

Untuk memahami pengistilahan ini saya akan cuba paparkan ciri-ciri cool dan apa itu poyo. Ini dengan harapan para pembaca sekalian akan memahami intipati cool dan poyo.

Mungkin ada yang bertanya apakah cool dan poyo ini penting untuk difahami? Ini bukti utama: Sesiapa yang mengeluarkan soalan ini adalah seorang yang poyo.

Cool ini adalah gaya hidup. Cool juga adalah lenggok bahasa badan. Cool juga adalah fesyen pakaian. Cool juga ialah sikap terhadap kehidupan. Cool juga adalah kafeteria yang dilawati, rokok yang dihisap, musik yang didengar.

Cool juga adalah buku yang dibaca. Cool wajib berupaya mengikuti mahzab falsafah al- Farabi dan Michel Foucault. Cool juga ialah tenang dengan gesekan biola Hamzah Dol Mat dan alunan suara Saloma.

Kenapa agaknya Najib bersedia mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk dilihat cool? Adalah difahamkan syarikat yang dikatakan dilanggan oleh Najib ini juga bertanggung jawab menjenamakan Tony Blair yang poyo untuk dilihat cool.

Jawabnya: Najib ingin memenangi hati dan sanubari anak anak muda. Najib sedar bahawa suara dan tindakan anak anak muda ini akan mengubah lanskap dan rupa bentuk politik Malaysia baru.

Berjuta juta ringgit ini hanyalah secawan kopi jika dibandingkan dengan harta negara yang boleh dirembat.

Mari kita lihat latar belakang langkah yang diambil oleh Mat Poyo ini. Umum mengetahui bahawa Najib sedang menghadapi hari-hari akhir.

Kumpulan-kumpulan yang menentang Najib dalam United Malay National Organisation bukan sahaja dikatakn telah berkumpul dalam gelap malah mereka telah mula bersuara secara terbuka.

Kumpulan ini merasa tidak senang dengan pimpinan Najib ini. Mereka ini terdiri dari pencari kontrak, penjual kontrak, orang tengah yang makan komisen, contract jungkies - mereka merasakan Najib ini banyak berdolak-dalik - kluk klek kata orang Teranganu.

Najib bercakap berbilion bilion tapi tak ada satu sen pun yang masuk ke saku mereka. Ada juga yang merasa diri mereka telah dipinggir.

Ada pula yang merasa Najib bukan sahaja menutup karier politik mereka - lebih dari ini - Najib ingin membunuh karier mereka.

Dibelakang semua ini ialah Ibrahim Ali. Ops, maaf .. dibelakang gerakan anti-Najib ini dikatakan Mahathir Muhamad. Pasti pembaca akan bertanya, sahih ke maklumat ini? Orang yang bertanya ini adalah contoh terbaik orang yang poyo politik.

Si Poyo politik ini tidak memahami jalur dan pemikiran politik terkini. Mereka selalu meraban tak tentu hala dalam pemahaman politik.

Biar saya terangkan di sini: Mahathir Muhamad melihat bahawa Najib ini tidak memiliki keterampilan pimpinan. Mengikut pandangan Mahathir, ini amat bahaya.

Bahaya ini akan membawa keruntuhan United Malay National Organisation - gerombolan politik yang ditubuhkan oleh Mahathir sendiri pada tahun 1988 dahulu.

Keruntuhan United Malay National Organsiation ini akan membawa malapetaka yang besar terhadap para kroni dan kaum pemodal yang telah ditelurkan oleh Mahathir.

Buktinya, lebih dari tiga kali Mahathir secara terbuka menerangkan kepada umum bahawa ada kekeliruan terhadap dasar satu Malaysia yang dianjurkan oleh Najib.

Kenyatan Mahathir ini kalau kita halusi jelas satu kenyatan kurang ajar. Ini samalah seperti Najib menolak konsep Wawasan 2020 atau memperlekeh secara terbuka Islam Hadari.

Yang kita dengar kenyataan Mahathir secara terbuka. Dari haji desas bin lebai desus kita juga ada mendengar bagaimana dalam perjumpaan tertutup Mahathir telah ‘menibai' Najib.

Jadi, Najib pada ketika ini bukan sahaja nyawa-nyawa ikan malah sedang dikepong oleh ahli-ahli parti United Malay National Organisation sendiri. Perangkap-perangkap sedang dipasang untuk menjerut leher Najib. Bila-bila masa perangkap ini akan bingkas menjerut Najib.

Tok Kipas dan Tok Bodek yang mengelilingi Najib menyedari kebencian orang ramai terhadap si poyo ini. Najib melihat anak-anak muda akan dapat menyelamatkan dirinya. Najib telah diberitahu bahawa ramai pengundi baru - anak-anak muda - kelihatan berkiblat kepada Pakatan Rakyat.

Anak-anak muda melihat Pakatan sebagai pentabiran yang boleh diyakini. Justeru Najib memerlukan jenama yang baru. Najib yang poyo mahu dilihat cool oleh pengundi muda.

Maka Najib atas nasihat secara berahsia dari kabinetnya telah merancang untuk mengeluarkan kenyataan bahawa Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan. Sila baca sekali lagi. Akan dimansuhkan. Kunci perkataan disini ialah AKAN. ISA hanya AKAN dimansuhkan jika Najib dapat terus berkuasa.

Kenapa ISA dan tidak undang-undang lain? Ini kerana menentang ISA adalah trend anak anak muda yang cool hari ini. Anak-anak muda yang mula mendampingi aktiviti NGO atau politik tidak dapat tidak akan menentang ISA.

Menentang ISA adalah langkah yang paling cool. Menentang ISA ialah trendy dan chic macam memakai Levis 501 yang sudah kotai dan koyak dilutut.

Najib mahu anak-anak muda melihat dirinya demokratik. Najib ke pesta futsal. Najib ke konsert rock. Najib ke stesen radio. Niat untuk dilihat cool ini bukan satu kesalahan jenayah tetapi untuk Najib diterima sebagai warga cool adalah mustahil.

Lihat sahaja muka Najib. Apakah muka ini cool? Dalam budaya cool gerak dan bahasa badan cukup penting. Najib tidak memiliki gerak badan yang cool. Ini kerana Najib seperti ramai politikus - berperut gendut. Perut gendut ini dihodohkan lagi dengan kepala yang botak.

Najib yang botak adalah imej yang paling tidak cool. Berkepala botak bukan anti-cool kerana ahli falsafah yang terunggul di Paris, Michel Foucault juga berkepala botak. Micheal Foucault dilihat cool dengan botaknya.

Ini kerana Foucault seorang pemikir maka rambutnya gugur kerana berfikir. Walhal Najib tidak pernah mengelurakan ide dan pandangan. Jauh sekali menulis sebuah buku. Lihat pula, Yul Brynner juga botak tapi dilihat cool sebagai pemimpin kaum Gipsi.

Najib masa ini sedang bekerja keras untuk dilihat cool. Mamat Poyo ini ada Facebook, ada Twitter, ada laman - sayangnya masih lagi dilihat poyo dan skema. Mereka boleh berusaha tetapi mereka akan gagal. Kenapa gagal?

Di Malaysia seperti di Paris, London dan Carlifornia pada tahun 60-an dahulu - untuk dilihat cool wajib berambut panjang. Pada masa itu, tidak cukup hanya dengan berambut panjang dan menghisap ganja tetapi wajib ke jalan raya menentang Perang Vietnam. Lihat kota Paris tahun 1968 - ini adalah era yang diangap paling cool hingga ke hari ini, bukan sahaja di Paris malah di seluruh Eropah.

Anak muda pasti ditakrif cool jika mereka menentang kerajaan. Kalau anak muda anti-establishment inilah tanda anak muda cool. Anak muda akan dilihat lebih cool jika mereka terun berdemo di jalan raya. Berdemo yang paling cool ialah berdemo dengan kekasih. Kekasih yang cool ialah kekasih yang memakai Levis 501 dan dan kasut gerah Fung Keong.

Najib sepanjang hidupnya tidak pernah turun ke jalan raya berdemo. Najib sepanjang hidupnya tidak pernah bertempur dengan FRU. Fakta ini pasti tidak disedari oleh syarikat iklan antarabangsa ini.

Di London , mereka berjaya melahirkan imej cool pada Tony Blair kerana Blair memiliki asas untuk dilihat cool. Ketika di universiti Tony Blair berambut panjang, menghisap ganja dan turun berdemo.

Lihat pula Presiden Sarkozy di Peranchis. Sarkozy sebenarnya seorang mamat poyo tetapi Nicolas Sarkozy ini bijak berfikir. Dia merancang masa depan politiknya. Nicolas Sarkozy menceraikan isteri pertamanya untuk memerangkap Carla Bruni - seorang pelakon, penyanyi, model chic yang berhaluan kiri.

Najib yang poyo merancang juga masa depan politiknya. Tetapi kalau ini bukan Mamat Poyo maka matahari tidak akan terbit dari sebelah Timur.

Dipetik dan tanpa diubahsuai daripada  malaysiakini

Sunday, October 16, 2011

Senaman YOGA

Pada hari ini,James nak berkongsi tentang sedikit gambar-gambar lucu yang diterima James daripada email James.Pada beberapa hari yang lepas,James telah berkongsi tengtang apa yang James alami dalam masa seminggu dua ni...Pada hari ni james nak berkonsi sedikit gambar yang lucu..

Sebelum James nak berkongsi gambar ni,James nak bercerita sedikit tentang senaman yoga ni.

YOGA, satu istilah yang sinonim dengan gaya senaman tersendiri mutakhir ini. Jika dulu ia terbatas kepada kaum tertentu, kini pelbagai pihak cuba mengamalkannya kerana dikatakan mendapat ketenangan melalui senaman itu.
Faktor kesihatan dan ketenangan yang diperoleh melalui senaman yoga menyebabkan masyarakat berbilang agama termasuk umat Islam tertarik dan melakukan aktiviti terbabit. Tetapi apa sebenarnya yoga?
Kamus Dewan (Edisi Keempat) menyatakan yoga ialah sistem falsafah Hindu yang bertujuan menyatukan diri dengan tuhan dengan mengheningkan fikiran (seperti dengan bertafakur) melalui beberapa senaman gerak badan dan fikiran.
Ia juga membawa maksud senaman pelbagai cara untuk menenangkan fikiran, seperti bertafakur, terutama satu siri senaman gerak badan yang bertujuan mewujudkan keadaan badan dan fikiran yang sihat.











Hahhaha...lucu kan gambar ni...Anyway,just enjoy it...
hehehhe...dah tak benda nak dipose lagi

Tuesday, October 11, 2011

Kebinggungan mengatasi kita bila kita perlu membuat satu keputusan yang susah.

Pada posting kali ini,James ingin berkongsi sedikit motivasi kepada anda semua berdasarkan pengalaman James sendiri.Kadang-kadang dalam kehidupan kita seharian,kita perlu membuat pelbagai keputusan,samada keputusan untuk orang lain (dengan niat menolong) ataupun untuk keputusan hidup kita sendiri.

Ramai orang takut untuk membuat sesuatu keputusan.Ini adalah kerana ramai orang yang takut salah dalam keputusan yang dibuat.James mengaku bahawa James juga merupakan salah seorang yang takut untuk membuat sesuatu keputusan yang penting dalam hidup James.Tapi tak juga semua keputusan James takut.James cuma takut untuk mengambil risiko bila sesuatu keputusan itu penting.Sebagai contohnya,James mendapat tawaran untuk belajar dan juga bekerja.Ini contoh saja lah.Bila kita lihat 2 aspek ini iaitu belajar dan bekerja,ia merupakan 2 pekara yang sama-sama penting.Apabila James mengambil keputusan untuk belajar,James juga risaukan lepas habis belajar James tak mendapat tempat di bidang pekerjaan disebabkan persaingan dengan graduan yang lain.Kalau James ambik keputusan untuk bekerja,apakah James nak kekal dengan gred yang James ada sekarang?Kenaikan pangkat agak lambat.Tak kan nak dah ada isteri anak-anak pun masih makan gaji 1K je...Mampus la macam ni...Kalau kita lihat dua perbandingan tadi,memang ianya memerlukan pemikiran yang tajam dan mendalam.Ini adalah kerana kedua-dua keputusan ini memang penting dalam hidup kita.Memang susah untuk kita membuat sesuatu keputusan dalam hidup kita.

Pernah juga kakak angkat James berkata,dalam membuat sesuatu keputusan,keputusan yang kita ambil tak semestinya betul.Ini adalah kerana kita belum lagi melihat kesan daripada keputusan itu.Yang paling penting kita mesti berani dan yakin dengan keputusan yang kita ambil.Tanpa keyakinan dan juga keberanian kita takkan mampu melakukan sesuatu.

Bila James fikir balik,memang betul juga apa yang dia bagitau James.James pun mula untuk memberanikan diri dalam membuat sesuatu keputusan dalam hidup James.Keputusan yang paling penting buat pertama kalinya James buat waktu James berumur 19 tahun.James membuat keputusan untuk mencari kerja dan tak nak sambung belajar lagi sehingga James sudah confirm kerja.Mungkin ada yang mengatakan usia ini sudah lewat untuk belajar membuat sesuatu keputusan.Tapi bagi James sendiri,James tetap berpuas hati sebab James dalam masa itu sedang menuju ke jalan kematangan dalam berfikir.kematangan dalam berfikir juga mempengaruhi kita dalam membuat sesuatu keputusan dalam hidup kita.Tanpa fikiran yang matang,keputusan yang kita ambil membahayakan kita sendiri.

Sebagai kesimpulannya disini,membuat sesuatu keputusan dalam hidup kita merupakan sesuatu yang penting.Keputusan yang kita ambil juga tak semestinya betul.Walaubagaimanapun kita perlu cuba untuk berfikir dengan sebaik mungkin agar kita mampu berpuas hati dengan setiap keputusan yang kita dapat.

Sekian terima kasih,
Yang benar:
James Bana

Tuesday, September 27, 2011

Kata Kata Pelik Dari Orang Orang Yang Terkenal

Sebelum ayat menjadi kata,sebelum kata menjadi bicara,James ini mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat kalian kerana sudi memberikan kerjasama dalam menjadi follower blog James...Chehwah...Apasal pulak James hari ini buat posting formal sangat..Macam mempengerusikan Mesyuarat je ni...Hehhheh...Jika dilihat dari usia,memang James masih muda...Tapi tanggungjawab James dalam kerja amat penting.Dalam usia semuda ini James telah terlibat dengan pelbagai function anjuran kerajaan.Sampaikan gambar James terkeluar dalam akhbar Borneo PostTak sangka juga James yang James ni boleh melakukan pekara seperti ini.

Semalam James telah dibawa oleh Pegawai Daerah untuk menjadi hakim sempena program Reggata di Marudi..Erm..James ada cuba untuk membuat bantahan untuk menjadi hakim.Alasan James adalah kerana James tidak mempunyai pengalaman.tapi alasan James tidak dapat Pegawai Daerah terima.Nak tak nak terpaksa juga bekerja padi hari jumaat ni sampai hari Ahad.Aduh,dah la Sultan Brunei,Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak,Pehin Sri Abdul Taib Mahmud,Tan Sri Alfred jabu Ak Numpang dan lain-lain datang sini.Busy la ni nanti.

Berbalik kepada topik James tadi,kata-kata yang dikeluarkan oleh orang-orang yang terkenal ini sangat pelik.Memang jarang sekali kita mendengar orang menuturkannya.jom kita lihat kata-kata pujanga dari orang-orang yang terkenal ini.

Mark Twain,Penulis :Saya tidak suka dengan pergaduhan. Bila saya memiliki musuh, saya akan memaafkannya, mengajaknya ke tempat yang sunyi, baru membunuhnya di sana.

Ann Landers,Kolumnis :Satu dari empat orang di dunia ini mengalami gangguan jiwa. Bila tiga orang yang Anda kenal baik-baik saja, berarti Andalah yang mengalaminya.

Zsa Zsa Gabor, Aktres :Saya adalah penjaga rumah yang hebat. Setiap kali saya meninggalkan seorang lelaki, saya selalu berhasil memiliki rumahnya.

Henry Ford,Pengasas Ford Motor :Berpikir adalah pekerjaan terberat, kerana itulah sedikit sekali orang yang mahu menggunakan otaknya.

Alexander Dumas the Younger, usahawan :Bisnes ? Caranya mudah sahaja: gunakan saja wang milik orang lain.

Angie Dickinson, Aktres :Saya berpakaian agar dilihat wanita, dan menanggalkan pakaian agar dilihat lelaki.

Albert Einstein,Ahli Fizik :Memahami cukai adalah hal yang paling susah untuk dipahami di dunia ini.

Samuel Goldwyn, Produser Film :Saya tidak mahu dikelilingi orang yang bermental 'yes-man'. Saya ingin orang yang mengatakan kebenaran meskipun setelah itu saya akan memecatnya.Kita membayar gajinya terlalu besar,malangnya lagi dia layak menerimanya.

Roberto Goizueta, Pemimpin perusahaan Coca Cola :Musuh-musuh kita adalah kopi, susu, teh dan air putih.

John Paul Getty, jutawan :Bila Anda berhutang 100 Dollar, andalah yang pening. Tapi bila Anda berhutang 100 juta Dollar, bank pula yang akan pening.

Herbert Hoover, Presiden US ke -31 :Berbahagialah generasi muda, kerana merekalah yang akan mewarisi hutang bangsa.

Anatole France, Penulis :Buku sejarah yang tidak mengandungi kebohongan pastilah sangat membosankan.

Woody Allen,Sutradara Film :Ternyata bertemu penjual insurans jiwa adalah lebih buruk daripada kematian itu sendiri.

T.S. Eliot,Penulis :Penulis yang masih muda, meniru. Penulis yang sudah berpengalaman, mencuri idea.

Agatha Christie, Novelis Misteri :Kolektor barang antik adalah suami yang paling baik, kerana semakin tua istrinya, semakin dia mencintainya.

Alfred Hitchcock, Sutradara Film Misteri :Saya tidak pernah berkata bahwa para aktor adalah lembu. Saya hanya berkata mereka harus diperlakukan seperti lembu.

Alan King, comedian :Bila engkau ingin belajar tentang cinta dan kesetiaan, maka engkau harus membaca dua buku yang berbeza.

Anatole France, Novelis :Jangan pernah meminjamkan buku kerana tidak akan pernah dikembalikan. Buku-buku di perpustakaan saya semuanya adalah hasil pinjaman.

Voltaire,Ahli Falsafah :Apabila kita bicara soal wang, maka semua orang sama agamanya.

D.H. Lawrence,Penyair :Hasil dari kerja adalah wang. Hasil dari wang adalah lebih banyak wang. Hasil dari lebih banyak wang adalah persaingan yang ganas. Hasil dari persaingan yang ganas adalah dunia yang kita diami ini.

Lyndon B. Johnson, Presiden US ke-36 :Apabila dua orang selalu sepakat dalam segala hal, itu berarti cuma satu orang sahaja yang berpikir.

Robert Neville, Aktor :Hidup bersama orang suci ternyata jauh lebih melelahkan daripada menjadi orang suci itu sendiri.

Charles de Gaulle, Presiden Perancis Pertama :Ahli Politik tidak pernah percaya akan ucapan mereka sendiri, kerana itulah mereka sangat terkejut bila rakyat mempercayainya.

Thomas Alva Edison, Penemu :Banyak orang yang percaya bahwa suatu hari dikala mereka bangun dari tidur, mereka sudah menjadi kaya. Sesungguhnya mereka sudah separuh benar karena mereka memang telah bangun dari tidur.

James Baldwin,Penulis, Aktor :Semua orang memuji-muji surga, tapi tidak ada orang yang mahu pergi ke sana sekarang juga.

Don Marquis,Kolumnis :Orang yang munafik adalah orang yang berkata … "hoi, siapa yang tidak pernah munafik".

Benjamin Franklin, Negarawan :Orang yang pandai meminta-minta maaf, jarang sekali pandai melakukan hal-hal lain.

Joseph Stalin, Pemimpin Politik :Kematian satu orang adalah tragedi, kematian jutaan orang adalah statistik.

Will Rogers,Pelawak,Politik :Politik itu mahal, bahkan untuk kalah pun kita harus mengeluarkan banyak wang.

Adolf Hitler,Pemimpin Nazi :Alangkah beruntungnya kerajaan bila rakyatnya tidak boleh berpikir.Aku tidak perlu berpikir kerana aku adalah pegawai kerajaan.

Clement Attlee, Perdana Menteri Inggris : Demokrasi adalah pemerintahan yang diisi dengan banyak perbincangan, namun demokrasi hanya berguna bila engkau mampu membuat orang lain menutup mulut.

Friday, September 23, 2011

Kata-kata terakhir dari Adolf Hitler

Thursday, September 22, 2011

Bercerai angkara Facebook

 AKIBAT melepaskan geram di Facebook, terurai rahsia antara Mira dan bekas kekasihnya. - Gambar hiasan.



DAUD, 38, sudah memiliki dua isteri. Bersama isteri pertamanya, Julia, 36, mereka mempunyai empat orang anak.
Dengan isteri kedua, Mira, 25, usia perkahwinan mereka masih muda. Mereka berkahwin Mac lalu di negara jiran kerana Daud mengahwininya tanpa pengetahuan Julia.


Alasannya, dia tidak mahu isteri pertamanya itu kecewa dengan kecurangan yang dilakukannya."Dua tahun lalu saya mendapat tawaran kenaikan pangkat tetapi perlu berpindah ke Johor Bahru."Selepas beberapa bulan, bapa mertua saya meninggal dunia dan isteri mohon pulang ke kampungnya di Chukai, Terengganu untuk menjaga ibunya dan meneruskan perniagaan keluarganya.
"Mulanya saya keberatan, tetapi memandangkan ibu mertua saya juga tidak sihat dan tidak ada siapa lagi yang boleh diharapkan, saya relakan.Sejak itu saya hidup membujang," kata Daud yang pulang ke rumah Julia tiga minggu sekali.

Selepas ditinggal beberapa lama, Daud bertemu dengan Mira semasa dia menghantar keretanya ke bengkel."Mira gadis yang baik. Perwatakan lembutnya memikat hati saya. Pada awal perkenalan lagi saya berterus terang dengan Mira yang saya sudah berkeluarga namun dia masih ikhlas berkawan.

Kahwin lagi

"Perhubungan kami semakin hari semakin mesra. Dia yang juga berasal dari Terengganu memudahkan komunikasi antara kami.
"Setahun berkawan rapat, kami bersetuju untuk berkahwin. Walaupun keluarga Mira menyuruhnya berfikir tentang hasratnya mengahwini suami orang, Mira tetap dengan keputusannya."Mac lalu kami berkahwin di selatan Thailand bagi mengelak perkara ini sampai ke pengetahuan isteri saya," kata Daud.


Pada awal perkahwinan, Daud dan Mira memang pasangan bahagia.Bagaimanapun, kehangatan cintanya pada isteri muda tidak bertahan lama. Selepas beberapa bulan berkahwin, Daud menyedari, Mira sukar bertolak ansur dan cemburu buta."Pada mulanya, saya kira itu tanda prihatin. Tetapi semakin lama cemburu Mira menjadi-jadi. Contoh paling mudah ialah ketika saya keluar makan tengah hari."Bila saya tidak dapat menjemputnya, macam-macam soalan yang ditanya. Makan di mana, makan dengan siapa, makan apa? Kalau lokasi tempat makan saya jauh dari pejabat, ditanya juga kenapa makan jauh-jauh?


"Bila saya makan di tempat yang eksklusif dengan kawan-kawan tanpa memberitahu dia terlebih dahulu, itu pun boleh menjadi punca dia merajuk."Kalau dengan isteri pertama, dia akur kalau saya pulang ke Terengganu tetapi dia tidak boleh terima kalau saya berbelanja besar untuk keluarga di sana, sedangkan di sini, dia perlu membantu saya membayar sewa rumah."Saya minta Mira bertolak ansur, tetapi dia merasakan dia sudah banyak berkorban untuk saya tetapi saya tidak pernah menghargainya," kata Daud.
Keadaan cemburu Mira dikatakan semakin teruk menjelang Ramadan lalu.


Puncanya, anak pertama saya telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan betapa dia menyayangi saya kerana membelikan alat permainan PSP yang harganya RM1,200."Apabila Mira dapat tahu, dia naik angin. Dia lepaskan geramnya dalam Facebook. Dia kata, dia banyak korbankan keinginannya kerana saya, tetapi saya pula boleh menghadiahkan benda yang mahal untuk anak saya yang berusia 10 tahun.


"Dalam ramai rakan yang memberi komen, ada komen daripada bekas kekasihnya. Saya mula rasa tidak senang. Saya yang memang mempunyai kata laluan untuk akaun e-mel Mira cuba menyelidik.





LAMAN sosial Facebook sering dianggap menjadi jaringan maya yang menghubungkan rakan lama dan baru. Namun jika disalahgunakan, ia mampu meruntuhkan rumah tangga.




Bekas kekasih

"Rupa-rupanya, Mira sudah lama berhubung semula dengan bekas kekasihnya itu dan mengadu tentang kekangan kewangan yang saya hadapi."Dalam diam rupanya Mira pernah menerima wang daripada lelaki itu dan mereka keluar beberapa kali."Apabila saya bangkitkan perkara ini dengan Mira, dengan selamba dia mengaku. Katanya, dengan saya hidupnya payah.


"Saya menegurnya. Selama ini bukan saya tidak memenuhi keperluan membeli-belahnya, tetapi apabila setiap kali menuntut barangan berjenama, saya enggan melayan."Hubungan kami mula dingin. Saya tidak lagi memintanya membayar sewa rumah. Semuanya saya tanggung sendiri.


"Syawal lalu, kami bergaduh lagi. Kali ini sebabnya saya perlu tinggal lebih lama di rumah isteri pertama kerana anak bongsu saya sakit. Tambahan pula, mereka belum mengetahui tentang perkahwinan kedua saya."Tetapi Mira tidak boleh menerimanya. Dia mengugut untuk kembali kepada bekas kekasihnya jika saya tidak pulang ke rumah ibunya. Di rumah ibunya, bersaksikan ibu bapanya, Mira minta saya menceraikannya.


"Dia tidak betah lagi hidup bermadu. Alasannya saya melebih-lebihkan keluarga isteri pertama sedangkan hidup dengannya serba-serbi tidak cukup."Saya terkilan dengan sikap kurang sabarnya. Kami bergaduh besar hari itu. Saya bangkitkan hubungannya dengan kekasih lama."Kami saling salah-menyalah. Mira nekad mahu dilepaskan. Akur dengan kehendaknya, petang raya keempat itu, saya ceraikan Mira dengan talak satu," jelas Daud.










14 buah tatu yang dijumpai di badan Rihana

Tak dapat James nak bayangkan bertapa kotornya badan Artis Barat ni..















Monday, September 19, 2011

Rahsia untuk kesihatan ikan yu dapat melawan virus manusia



Jerung adalah makhluk primitif, tetapi badan mereka menghasilkan bahan yang canggih yang menunjukkan janji dalam melawan pelbagai virus manusia daripada hepatitis untuk demam kuning, penyelidik berkata Isnin.

Kompaun, dipanggil squalamine, telah ditemui pada tahun 1993 tetapi kajian dalam Prosiding Akademi Sains Kebangsaan yang pertama untuk meneroka penggunaan potensi terhadap virus manusia.

Penyelidik menguji squalamine yang dikeluarkan dari orang yang fasik dogfish jerung di dalam piring makmal dan dalam mata pelajaran haiwan dan mendapati ia boleh menghalang atau mengawal jangkitan virus, dan dalam beberapa kes-kes yang muncul untuk mengubati haiwan keganasan mereka.

Projek ini bermula apabila penyiasat utama, Michael Zasloff, profesor pembedahan dan pediatrik di Georgetown University Medical Center, menghantar sampel squalamine siri makmal di sekitar Amerika Syarikat untuk ujian.

Squalamine telah disintesis di dalam makmal sejak 1995 dan tidak lagi diekstrak terus dari tisu yu.

Budaya tisu menunjukkan ia boleh menghalang jangkitan sel-sel pembuluh darah manusia oleh virus denggi dan sel-sel hati manusia yang dijangkiti hepatitis B dan D, "kata kajian itu.

Penyelidikan ke atas haiwan menunjukkan demam kompaun terkawal kuning, Timur equine encephalitis virus, dan cytomegalovirus murine, jenis virus herpes yang afflicts tikus.

"Ia jelas sejenis ubat yang menjanjikan, dan tidak seperti dalam mekanisme tindakan dan struktur kimia, apa-apa bahan lain yang sedang dikaji untuk merawat jangkitan virus," kata Zasloff.

"Kami masih belum dioptimumkan dos squalamine dalam mana-mana model haiwan yang kita telah dikaji dan lagi kita tidak tahu faedah maksimum perlindungan atau terapeutik yang boleh dicapai dalam sistem ini," katanya.

"Tetapi kita cukup yakin dengan janji squalamine sebagai agen antiviral yang kami berhasrat untuk mengambil kompaun ini menjadi manusia."

Squalamine selamat untuk manusia dan telah dianggap sebagai alat yang berpotensi terhadap penyakit kanser dan mata, dan beberapa ujian klinikal bagi orang-orang sasaran yang berterusan.

"Dalam beberapa ujian awal squalamine telah menunjukkan aktiviti yang penting dan yang menjanjikan ... dalam kedua-dua bentuk kanser tertentu dan dalam retinopati diabetik," Zasloff kepada AFP dalam e-mel.

Zasloff menemui squalamine pada tahun 1993 dan juga dikenali kerana penyelidikan beliau mengenai sifat-sifat semula jadi antibiotik kulit katak.

Tuesday, August 23, 2011

Gambar yang menarik di negara China






                                             Menyidai pakaian di tempat public...



                                                         Memasak menggunakan tin..




                                                 Kencing di tong sampah shoping complexs



                                                Tak OKU pun boleh pakai kerusi roda






                                                     Mengetip kuku kat tempat public





                            Ingat ini rumah panjang nenek bapak engkau ke angkat kaki macam ni..


                                     Aduh,berak kat tempat macam ni pulak...Rumah tak de toilet ke..


                                               Ni pulak,tidor kat tempat awam pulak...


                                   Apa kes pulak ni kissing kat playground.Tak de tempat lain ke...


                                 Ha..ni yang best nya....Tak malu ke nak beromen di tempat awam??

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Facebook Anak.Watan.Betong

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites