Anak.Watan.Betong

Sebuah blog pribadi yang mengisahkan tentang kehidupan blogger itu sendiri dan juga mempamerkan isu-isu semasa.

YOTOKUU!!!

Sebuah blog yang mengisahkan benda yang pelik-pelik.

wild-fox mansa menoa

Sebuah blog yang mengisahkan tentang isu-isu semasa dan juga orang yang paling banyak mengajar James dalam dunia blogger.

pengerindu

Sebuah blog yang menarik dan mempunyai pengalaman yang mendalam dalam dunia blogger.

Geng Blogger

Sebuah blog yang cantik dan mempunyai banyak enrti yang manarik.

Showing posts with label Isu semasa N sekeliling kita. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa N sekeliling kita. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Mat Poyo ingin dilihat 'cool'

Dihasilkan oleh:Hishamuddin Rais

Ramai politikus tidak tahu apa itu cool. Mak Cik Felda pun tak tahu apa itu cool. Malah ramai juga anak muda yang tidak tahu apa itu cool. Mereka yang tidak tahu apa itu cool tidak juga tahu apa itu skema dan apa itu 'poyo'. Inilah masalah, apabila telah menjadi poyo mereka tidak lagi cool.

Cool dan poyo adalah pengistilahan hari ini yang terkini. Cool dan poyo muncul dari lingo terkini - dari lingo anak muda. Tidak ada anak muda yang waras fikrah ingin dilihat poyo dan skema. Sayangnya bukan satu kerja enteng untuk dilihat cool.

Kadangkala dalam percubaan untuk dilihat cool ramai yang dilihat bangang. Mustahil seorang Siti Nur Haliza tahu siapa dia Holden Caulfeild atau apa itu Winnie the Pooh.

Berita terkini telah tersebar bahawa Najib dikatakan melanggan satu lagi syarikat iklan antarabangsa untuk memperlihatkan dirinya cool. Lawan cool ialah poyo. Ertinya Najib tidak mahu lagi dilihat sebagai 'Mamat Poyo'.

Sebenarnya tidak ada sesiapa ingin dilihat poyo. Mereka yang poyo biasanya hidup dengan tekanan jiwa yang amat sangat. Sayangnya ramai yang tidak sedar bahawa mereka itu adalah sosok poyo.

Untuk memahami pengistilahan ini saya akan cuba paparkan ciri-ciri cool dan apa itu poyo. Ini dengan harapan para pembaca sekalian akan memahami intipati cool dan poyo.

Mungkin ada yang bertanya apakah cool dan poyo ini penting untuk difahami? Ini bukti utama: Sesiapa yang mengeluarkan soalan ini adalah seorang yang poyo.

Cool ini adalah gaya hidup. Cool juga adalah lenggok bahasa badan. Cool juga adalah fesyen pakaian. Cool juga ialah sikap terhadap kehidupan. Cool juga adalah kafeteria yang dilawati, rokok yang dihisap, musik yang didengar.

Cool juga adalah buku yang dibaca. Cool wajib berupaya mengikuti mahzab falsafah al- Farabi dan Michel Foucault. Cool juga ialah tenang dengan gesekan biola Hamzah Dol Mat dan alunan suara Saloma.

Kenapa agaknya Najib bersedia mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk dilihat cool? Adalah difahamkan syarikat yang dikatakan dilanggan oleh Najib ini juga bertanggung jawab menjenamakan Tony Blair yang poyo untuk dilihat cool.

Jawabnya: Najib ingin memenangi hati dan sanubari anak anak muda. Najib sedar bahawa suara dan tindakan anak anak muda ini akan mengubah lanskap dan rupa bentuk politik Malaysia baru.

Berjuta juta ringgit ini hanyalah secawan kopi jika dibandingkan dengan harta negara yang boleh dirembat.

Mari kita lihat latar belakang langkah yang diambil oleh Mat Poyo ini. Umum mengetahui bahawa Najib sedang menghadapi hari-hari akhir.

Kumpulan-kumpulan yang menentang Najib dalam United Malay National Organisation bukan sahaja dikatakn telah berkumpul dalam gelap malah mereka telah mula bersuara secara terbuka.

Kumpulan ini merasa tidak senang dengan pimpinan Najib ini. Mereka ini terdiri dari pencari kontrak, penjual kontrak, orang tengah yang makan komisen, contract jungkies - mereka merasakan Najib ini banyak berdolak-dalik - kluk klek kata orang Teranganu.

Najib bercakap berbilion bilion tapi tak ada satu sen pun yang masuk ke saku mereka. Ada juga yang merasa diri mereka telah dipinggir.

Ada pula yang merasa Najib bukan sahaja menutup karier politik mereka - lebih dari ini - Najib ingin membunuh karier mereka.

Dibelakang semua ini ialah Ibrahim Ali. Ops, maaf .. dibelakang gerakan anti-Najib ini dikatakan Mahathir Muhamad. Pasti pembaca akan bertanya, sahih ke maklumat ini? Orang yang bertanya ini adalah contoh terbaik orang yang poyo politik.

Si Poyo politik ini tidak memahami jalur dan pemikiran politik terkini. Mereka selalu meraban tak tentu hala dalam pemahaman politik.

Biar saya terangkan di sini: Mahathir Muhamad melihat bahawa Najib ini tidak memiliki keterampilan pimpinan. Mengikut pandangan Mahathir, ini amat bahaya.

Bahaya ini akan membawa keruntuhan United Malay National Organisation - gerombolan politik yang ditubuhkan oleh Mahathir sendiri pada tahun 1988 dahulu.

Keruntuhan United Malay National Organsiation ini akan membawa malapetaka yang besar terhadap para kroni dan kaum pemodal yang telah ditelurkan oleh Mahathir.

Buktinya, lebih dari tiga kali Mahathir secara terbuka menerangkan kepada umum bahawa ada kekeliruan terhadap dasar satu Malaysia yang dianjurkan oleh Najib.

Kenyatan Mahathir ini kalau kita halusi jelas satu kenyatan kurang ajar. Ini samalah seperti Najib menolak konsep Wawasan 2020 atau memperlekeh secara terbuka Islam Hadari.

Yang kita dengar kenyataan Mahathir secara terbuka. Dari haji desas bin lebai desus kita juga ada mendengar bagaimana dalam perjumpaan tertutup Mahathir telah ‘menibai' Najib.

Jadi, Najib pada ketika ini bukan sahaja nyawa-nyawa ikan malah sedang dikepong oleh ahli-ahli parti United Malay National Organisation sendiri. Perangkap-perangkap sedang dipasang untuk menjerut leher Najib. Bila-bila masa perangkap ini akan bingkas menjerut Najib.

Tok Kipas dan Tok Bodek yang mengelilingi Najib menyedari kebencian orang ramai terhadap si poyo ini. Najib melihat anak-anak muda akan dapat menyelamatkan dirinya. Najib telah diberitahu bahawa ramai pengundi baru - anak-anak muda - kelihatan berkiblat kepada Pakatan Rakyat.

Anak-anak muda melihat Pakatan sebagai pentabiran yang boleh diyakini. Justeru Najib memerlukan jenama yang baru. Najib yang poyo mahu dilihat cool oleh pengundi muda.

Maka Najib atas nasihat secara berahsia dari kabinetnya telah merancang untuk mengeluarkan kenyataan bahawa Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan. Sila baca sekali lagi. Akan dimansuhkan. Kunci perkataan disini ialah AKAN. ISA hanya AKAN dimansuhkan jika Najib dapat terus berkuasa.

Kenapa ISA dan tidak undang-undang lain? Ini kerana menentang ISA adalah trend anak anak muda yang cool hari ini. Anak-anak muda yang mula mendampingi aktiviti NGO atau politik tidak dapat tidak akan menentang ISA.

Menentang ISA adalah langkah yang paling cool. Menentang ISA ialah trendy dan chic macam memakai Levis 501 yang sudah kotai dan koyak dilutut.

Najib mahu anak-anak muda melihat dirinya demokratik. Najib ke pesta futsal. Najib ke konsert rock. Najib ke stesen radio. Niat untuk dilihat cool ini bukan satu kesalahan jenayah tetapi untuk Najib diterima sebagai warga cool adalah mustahil.

Lihat sahaja muka Najib. Apakah muka ini cool? Dalam budaya cool gerak dan bahasa badan cukup penting. Najib tidak memiliki gerak badan yang cool. Ini kerana Najib seperti ramai politikus - berperut gendut. Perut gendut ini dihodohkan lagi dengan kepala yang botak.

Najib yang botak adalah imej yang paling tidak cool. Berkepala botak bukan anti-cool kerana ahli falsafah yang terunggul di Paris, Michel Foucault juga berkepala botak. Micheal Foucault dilihat cool dengan botaknya.

Ini kerana Foucault seorang pemikir maka rambutnya gugur kerana berfikir. Walhal Najib tidak pernah mengelurakan ide dan pandangan. Jauh sekali menulis sebuah buku. Lihat pula, Yul Brynner juga botak tapi dilihat cool sebagai pemimpin kaum Gipsi.

Najib masa ini sedang bekerja keras untuk dilihat cool. Mamat Poyo ini ada Facebook, ada Twitter, ada laman - sayangnya masih lagi dilihat poyo dan skema. Mereka boleh berusaha tetapi mereka akan gagal. Kenapa gagal?

Di Malaysia seperti di Paris, London dan Carlifornia pada tahun 60-an dahulu - untuk dilihat cool wajib berambut panjang. Pada masa itu, tidak cukup hanya dengan berambut panjang dan menghisap ganja tetapi wajib ke jalan raya menentang Perang Vietnam. Lihat kota Paris tahun 1968 - ini adalah era yang diangap paling cool hingga ke hari ini, bukan sahaja di Paris malah di seluruh Eropah.

Anak muda pasti ditakrif cool jika mereka menentang kerajaan. Kalau anak muda anti-establishment inilah tanda anak muda cool. Anak muda akan dilihat lebih cool jika mereka terun berdemo di jalan raya. Berdemo yang paling cool ialah berdemo dengan kekasih. Kekasih yang cool ialah kekasih yang memakai Levis 501 dan dan kasut gerah Fung Keong.

Najib sepanjang hidupnya tidak pernah turun ke jalan raya berdemo. Najib sepanjang hidupnya tidak pernah bertempur dengan FRU. Fakta ini pasti tidak disedari oleh syarikat iklan antarabangsa ini.

Di London , mereka berjaya melahirkan imej cool pada Tony Blair kerana Blair memiliki asas untuk dilihat cool. Ketika di universiti Tony Blair berambut panjang, menghisap ganja dan turun berdemo.

Lihat pula Presiden Sarkozy di Peranchis. Sarkozy sebenarnya seorang mamat poyo tetapi Nicolas Sarkozy ini bijak berfikir. Dia merancang masa depan politiknya. Nicolas Sarkozy menceraikan isteri pertamanya untuk memerangkap Carla Bruni - seorang pelakon, penyanyi, model chic yang berhaluan kiri.

Najib yang poyo merancang juga masa depan politiknya. Tetapi kalau ini bukan Mamat Poyo maka matahari tidak akan terbit dari sebelah Timur.

Dipetik dan tanpa diubahsuai daripada  malaysiakini

Thursday, September 22, 2011

Bercerai angkara Facebook

 AKIBAT melepaskan geram di Facebook, terurai rahsia antara Mira dan bekas kekasihnya. - Gambar hiasan.



DAUD, 38, sudah memiliki dua isteri. Bersama isteri pertamanya, Julia, 36, mereka mempunyai empat orang anak.
Dengan isteri kedua, Mira, 25, usia perkahwinan mereka masih muda. Mereka berkahwin Mac lalu di negara jiran kerana Daud mengahwininya tanpa pengetahuan Julia.


Alasannya, dia tidak mahu isteri pertamanya itu kecewa dengan kecurangan yang dilakukannya."Dua tahun lalu saya mendapat tawaran kenaikan pangkat tetapi perlu berpindah ke Johor Bahru."Selepas beberapa bulan, bapa mertua saya meninggal dunia dan isteri mohon pulang ke kampungnya di Chukai, Terengganu untuk menjaga ibunya dan meneruskan perniagaan keluarganya.
"Mulanya saya keberatan, tetapi memandangkan ibu mertua saya juga tidak sihat dan tidak ada siapa lagi yang boleh diharapkan, saya relakan.Sejak itu saya hidup membujang," kata Daud yang pulang ke rumah Julia tiga minggu sekali.

Selepas ditinggal beberapa lama, Daud bertemu dengan Mira semasa dia menghantar keretanya ke bengkel."Mira gadis yang baik. Perwatakan lembutnya memikat hati saya. Pada awal perkenalan lagi saya berterus terang dengan Mira yang saya sudah berkeluarga namun dia masih ikhlas berkawan.

Kahwin lagi

"Perhubungan kami semakin hari semakin mesra. Dia yang juga berasal dari Terengganu memudahkan komunikasi antara kami.
"Setahun berkawan rapat, kami bersetuju untuk berkahwin. Walaupun keluarga Mira menyuruhnya berfikir tentang hasratnya mengahwini suami orang, Mira tetap dengan keputusannya."Mac lalu kami berkahwin di selatan Thailand bagi mengelak perkara ini sampai ke pengetahuan isteri saya," kata Daud.


Pada awal perkahwinan, Daud dan Mira memang pasangan bahagia.Bagaimanapun, kehangatan cintanya pada isteri muda tidak bertahan lama. Selepas beberapa bulan berkahwin, Daud menyedari, Mira sukar bertolak ansur dan cemburu buta."Pada mulanya, saya kira itu tanda prihatin. Tetapi semakin lama cemburu Mira menjadi-jadi. Contoh paling mudah ialah ketika saya keluar makan tengah hari."Bila saya tidak dapat menjemputnya, macam-macam soalan yang ditanya. Makan di mana, makan dengan siapa, makan apa? Kalau lokasi tempat makan saya jauh dari pejabat, ditanya juga kenapa makan jauh-jauh?


"Bila saya makan di tempat yang eksklusif dengan kawan-kawan tanpa memberitahu dia terlebih dahulu, itu pun boleh menjadi punca dia merajuk."Kalau dengan isteri pertama, dia akur kalau saya pulang ke Terengganu tetapi dia tidak boleh terima kalau saya berbelanja besar untuk keluarga di sana, sedangkan di sini, dia perlu membantu saya membayar sewa rumah."Saya minta Mira bertolak ansur, tetapi dia merasakan dia sudah banyak berkorban untuk saya tetapi saya tidak pernah menghargainya," kata Daud.
Keadaan cemburu Mira dikatakan semakin teruk menjelang Ramadan lalu.


Puncanya, anak pertama saya telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan betapa dia menyayangi saya kerana membelikan alat permainan PSP yang harganya RM1,200."Apabila Mira dapat tahu, dia naik angin. Dia lepaskan geramnya dalam Facebook. Dia kata, dia banyak korbankan keinginannya kerana saya, tetapi saya pula boleh menghadiahkan benda yang mahal untuk anak saya yang berusia 10 tahun.


"Dalam ramai rakan yang memberi komen, ada komen daripada bekas kekasihnya. Saya mula rasa tidak senang. Saya yang memang mempunyai kata laluan untuk akaun e-mel Mira cuba menyelidik.





LAMAN sosial Facebook sering dianggap menjadi jaringan maya yang menghubungkan rakan lama dan baru. Namun jika disalahgunakan, ia mampu meruntuhkan rumah tangga.




Bekas kekasih

"Rupa-rupanya, Mira sudah lama berhubung semula dengan bekas kekasihnya itu dan mengadu tentang kekangan kewangan yang saya hadapi."Dalam diam rupanya Mira pernah menerima wang daripada lelaki itu dan mereka keluar beberapa kali."Apabila saya bangkitkan perkara ini dengan Mira, dengan selamba dia mengaku. Katanya, dengan saya hidupnya payah.


"Saya menegurnya. Selama ini bukan saya tidak memenuhi keperluan membeli-belahnya, tetapi apabila setiap kali menuntut barangan berjenama, saya enggan melayan."Hubungan kami mula dingin. Saya tidak lagi memintanya membayar sewa rumah. Semuanya saya tanggung sendiri.


"Syawal lalu, kami bergaduh lagi. Kali ini sebabnya saya perlu tinggal lebih lama di rumah isteri pertama kerana anak bongsu saya sakit. Tambahan pula, mereka belum mengetahui tentang perkahwinan kedua saya."Tetapi Mira tidak boleh menerimanya. Dia mengugut untuk kembali kepada bekas kekasihnya jika saya tidak pulang ke rumah ibunya. Di rumah ibunya, bersaksikan ibu bapanya, Mira minta saya menceraikannya.


"Dia tidak betah lagi hidup bermadu. Alasannya saya melebih-lebihkan keluarga isteri pertama sedangkan hidup dengannya serba-serbi tidak cukup."Saya terkilan dengan sikap kurang sabarnya. Kami bergaduh besar hari itu. Saya bangkitkan hubungannya dengan kekasih lama."Kami saling salah-menyalah. Mira nekad mahu dilepaskan. Akur dengan kehendaknya, petang raya keempat itu, saya ceraikan Mira dengan talak satu," jelas Daud.










Monday, September 19, 2011

Kelebihan negara Malaysia

Walaupun hari Malaysia sudah disambut pada 16 September yang lepas,tidak wajar juga kita sebagai rakyat malaysia terus melupakan hari Malaysia ini. Sebelum James nak coretkan apa pendapat rakyat kita yang sedang berada di negara lain,James nak tanya korang,apakah anda bangga jadi rakyat Malaysia?Mungkin persoalan ini biasa kita dengar,tapi maknanya amat mendalam.Mari kita renungkan apa pendapat rakyat Malaysia yang sedang berada di luar negara.


Fatin Nadia

Saya hendak perlu mengatakan makanan, seperti nasi dagang, nasi kerabu, sate, roti canai, nasi lemak, kueytiaw goreng, laksa, dan sebagainya. Saya rasa ini telah melakukan dengan rasa makanan tempatan. Ia pedas dan mempunyai yang rasa Malaysia, bahawa hidangan yang sentiasa dialu-alukan untuk di makan.




Nur Akmal Wan

Perkara yang saya terlepas setiap kali saya balik dari membeli-belah,sudah tentu saya terlepas kawan-kawan dan keluarga saya, tetapi saya juga kehilangan pelbagai pakaian yang berpatutan dan murah dan aksesori yang boleh saya dapati di Malaysia, berbanding ke New Zealand! Tidak lupa dia kepingan etnik di Malaysia seperti kain yang sangat menyejukkan dan memberikan anda bahawa boho vibe.







Radzi Tajuddin

Saya pasti terlepas iklim. Maksud saya datang, hanya di Malaysia, anda boleh mendapatkan musim panas sepanjang tahun! Dalam negara-negara Barat, ia masih cili walaupun yang dipanggil musim panas.



Jennyfer Harun
Bagi saya, sebagai rakyat Malaysia mempunyai pelbagai dalam kehidupan walaupun bangsa saya sendiri .. pembelajaran dan sedang yang berbeza
masyarakat serta menikmati hidup dalam budaya yang berbeza. Cool to be Malaysian!







Haris Kamal
Apabila saya di luar negara, saya cenderung untuk terlepas masakan seperti Nasi Ayam, Nasi goreng, roti canai yang paling. Selain daripada hilang keluarga dan rakan-rakan saya, saya terlepas meraikan Hari Raya juga. Apabila rakan-rakan saya dari sekolah berasrama penuh saya melawat KL, mereka menyukainya. Kita mempunyai pelbagai di negara kita, segala-galanya, dari makanan kita hingga ke cuaca kita. Mereka juga menikmati memenuhi pelbagai jenis orang. Ia membuatkan saya berbangga dengan negara saya.



Ibrahim Moidin
Terdapat banyak perkara yang saya suka mengenai Malaysia. Saya suka makanan, dan kebersamaan rakyat. Ia benar-benar mudah untuk membuat kawan-kawan, seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang begitu mesra. Tetapi apabila saya pergi, saya kehilangan keluarga saya. Saya juga kadang-kadang terlepas cuaca cerah kami. Tetapi bahagian yang terbaik kira-kira yang tinggal di Malaysia adalah bahawa semua orang adalah dingin, dan tidak sentiasa berada dalam tergesa-gesa, tidak seperti di beberapa negara.



Izwan Rasul
Bagi saya, perkara yang unik mengenai Malaysia ialah budaya kita adalah sangat pelbagai. Saya fikir itu salah satu daripada perkara-perkara yang menjadikan kita unik sebagai sebuah negara. Terdapat persefahaman antara semua kaum-kaum etnik yang berbeza, sama ada anda Melayu, Cina atau India. Anda boleh menggunakan loghat mana-mana, ia masih akan cukup mudah bagi orang lain untuk memahami anda. Tidak ada pemisahan atau perbezaan di antara rakyat Malaysia. Tetapi tentu saja, apabila saya jauh dari rumah, saya kehilangan keluarga saya dan makanan Malaysia yang paling!

Rozanna Mohamed Yusoff
Malaysia - satu nama muat semua, maju dan disayangi oleh semua orang, gabungan seluruh banyak budaya!

Sudah tentu Negara Malaysia mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding dengan Negara lain. Marilah kita sama-sama menyayangi Negara kita sendiri.

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Facebook Anak.Watan.Betong

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites