Anak.Watan.Betong

Sebuah blog pribadi yang mengisahkan tentang kehidupan blogger itu sendiri dan juga mempamerkan isu-isu semasa.

YOTOKUU!!!

Sebuah blog yang mengisahkan benda yang pelik-pelik.

wild-fox mansa menoa

Sebuah blog yang mengisahkan tentang isu-isu semasa dan juga orang yang paling banyak mengajar James dalam dunia blogger.

pengerindu

Sebuah blog yang menarik dan mempunyai pengalaman yang mendalam dalam dunia blogger.

Geng Blogger

Sebuah blog yang cantik dan mempunyai banyak enrti yang manarik.

Showing posts with label Cerita Lucu. Show all posts
Showing posts with label Cerita Lucu. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

Senaman YOGA

Pada hari ini,James nak berkongsi tentang sedikit gambar-gambar lucu yang diterima James daripada email James.Pada beberapa hari yang lepas,James telah berkongsi tengtang apa yang James alami dalam masa seminggu dua ni...Pada hari ni james nak berkonsi sedikit gambar yang lucu..

Sebelum James nak berkongsi gambar ni,James nak bercerita sedikit tentang senaman yoga ni.

YOGA, satu istilah yang sinonim dengan gaya senaman tersendiri mutakhir ini. Jika dulu ia terbatas kepada kaum tertentu, kini pelbagai pihak cuba mengamalkannya kerana dikatakan mendapat ketenangan melalui senaman itu.
Faktor kesihatan dan ketenangan yang diperoleh melalui senaman yoga menyebabkan masyarakat berbilang agama termasuk umat Islam tertarik dan melakukan aktiviti terbabit. Tetapi apa sebenarnya yoga?
Kamus Dewan (Edisi Keempat) menyatakan yoga ialah sistem falsafah Hindu yang bertujuan menyatukan diri dengan tuhan dengan mengheningkan fikiran (seperti dengan bertafakur) melalui beberapa senaman gerak badan dan fikiran.
Ia juga membawa maksud senaman pelbagai cara untuk menenangkan fikiran, seperti bertafakur, terutama satu siri senaman gerak badan yang bertujuan mewujudkan keadaan badan dan fikiran yang sihat.











Hahhaha...lucu kan gambar ni...Anyway,just enjoy it...
hehehhe...dah tak benda nak dipose lagi

Monday, September 26, 2011

Pendekar Bujang Lapok versi 2011

Teringat juga James dengan cerita Pendekar Bujang Lapok yang original…10 kali tengok cerita tu,memang 10 kali la James tergelak. “Ini betul-betul bukan cobaan…ha"ish..betul-betul lar bukan cobaan”,ini la ayat yang tak dapat James lupakan bila James tengok cerita ni.Cerita Pendekar Bujang Lapok ni memang best gila…

Benda gila ini dihasilkan oleh Buddyz,yang merupakan seorang yang genius dalam idea giler-giler dalam kepala. Apa cerita lagi terus dia mendapat panggil mambang facebook, mambang twitter, mambang SMS, mambang MMS dan mambang call lama-lama…
Konsep filem Pendekar Bujang Lapok versi 2011 dan video parodi selama 1.09 minit.
. Apa tunggu lagi?..Cekidaut video ni dan enjoice dengan Buddyz anda untuk lebih LOL!


Friday, July 29, 2011

Mat Punk

Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"

Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..

dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."

Thursday, July 28, 2011

Harta pusaka nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"

Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 D, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..


Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!


Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.


Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)


Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: Patutlah.

Menggali Petikan Kata-Kata Sang Motivator

Ni entri yang James terima melalui email...entri nie telah James ubah sedikit untuk kepentingan bersama.Jom la kita sama-sama menghayati cerita ini...

Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku."

Hadirin terkejut dan terpaku...

Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur,

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rwatan akibat siraman air panas...

************************************************************************
Daripada  cerita ni,Jamess dapat buat satu kesimpulan yang ringkas,padat dan mutakhir.Berdasarkan cerita ni satu kesimpulan yang James buat adalah....
Don't copy, if you can't paste

sekian terima kasih

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Facebook Anak.Watan.Betong

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites