Sunday, September 25, 2011

james menjadi semakin popular

Rasanya pada hari ni James tak da benda nak update kat blog,tapi James rasa nak juga James update.Erm....macam mana nak mula ni!!!!ehhehhehe....mengelabah je ni.....tak pe la,mula seperti biasa je la....

Pada hari sabtu yang lepas,James diajar oleh Pegawai Daerah kawasan Marudi,Sarawak untuk mengikuti majlis kesyukuran sempena perlantikan Penghulu Nyadang sebagai penghulu.Kami berangkat kira pukul 8 pagi bersama dengan tuai rumah yang lain.Sampai di sana,James menjadi V.I.P(Very Important Person).Mulanya segan jugak la James duduk di atas kerusi bersama dengan Y.B sylvester Enteri N66 Marudi.Tak sangka juga James akan menjadi tetamu kehormat.

Setelah selesai semua ucapan,kami pun ada bergambar untuk menyerahkan sijil menjadi penghulu kepada penghulu Nyadang.Pada malam itu,James pun happy hour dengan penduduk kampung di situ.

Setelah beberapa hari selepas tu,kawan James call James mengatakan gambar James terkeluar dalam akhbar Borneo post..James pun mengelabah untuk mencari news paper tersebut.Nasib baik james ada jumpa...Tapi kat Borneo post versi melayu ni tak clear gambar James berbanding dengan di Borneo post versi english.Korang nak tengok tak gambar James.Kejap ya..

Yang bulat tu adalah gambar James.Hehhehe...bangga juga James dengan diri ini..ehheh....


Nampaknya James akan menjadi semakin popular selepas ini.Harap James dapat lakukan lebih dari ini untuk mengharumkan nama keluarga James...

P/S:James bukan nak membangga diri..James cuma bagitau kat kekawan je....

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Facebook Anak.Watan.Betong

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites