Tuesday, October 11, 2011

Kebinggungan mengatasi kita bila kita perlu membuat satu keputusan yang susah.

Pada posting kali ini,James ingin berkongsi sedikit motivasi kepada anda semua berdasarkan pengalaman James sendiri.Kadang-kadang dalam kehidupan kita seharian,kita perlu membuat pelbagai keputusan,samada keputusan untuk orang lain (dengan niat menolong) ataupun untuk keputusan hidup kita sendiri.

Ramai orang takut untuk membuat sesuatu keputusan.Ini adalah kerana ramai orang yang takut salah dalam keputusan yang dibuat.James mengaku bahawa James juga merupakan salah seorang yang takut untuk membuat sesuatu keputusan yang penting dalam hidup James.Tapi tak juga semua keputusan James takut.James cuma takut untuk mengambil risiko bila sesuatu keputusan itu penting.Sebagai contohnya,James mendapat tawaran untuk belajar dan juga bekerja.Ini contoh saja lah.Bila kita lihat 2 aspek ini iaitu belajar dan bekerja,ia merupakan 2 pekara yang sama-sama penting.Apabila James mengambil keputusan untuk belajar,James juga risaukan lepas habis belajar James tak mendapat tempat di bidang pekerjaan disebabkan persaingan dengan graduan yang lain.Kalau James ambik keputusan untuk bekerja,apakah James nak kekal dengan gred yang James ada sekarang?Kenaikan pangkat agak lambat.Tak kan nak dah ada isteri anak-anak pun masih makan gaji 1K je...Mampus la macam ni...Kalau kita lihat dua perbandingan tadi,memang ianya memerlukan pemikiran yang tajam dan mendalam.Ini adalah kerana kedua-dua keputusan ini memang penting dalam hidup kita.Memang susah untuk kita membuat sesuatu keputusan dalam hidup kita.

Pernah juga kakak angkat James berkata,dalam membuat sesuatu keputusan,keputusan yang kita ambil tak semestinya betul.Ini adalah kerana kita belum lagi melihat kesan daripada keputusan itu.Yang paling penting kita mesti berani dan yakin dengan keputusan yang kita ambil.Tanpa keyakinan dan juga keberanian kita takkan mampu melakukan sesuatu.

Bila James fikir balik,memang betul juga apa yang dia bagitau James.James pun mula untuk memberanikan diri dalam membuat sesuatu keputusan dalam hidup James.Keputusan yang paling penting buat pertama kalinya James buat waktu James berumur 19 tahun.James membuat keputusan untuk mencari kerja dan tak nak sambung belajar lagi sehingga James sudah confirm kerja.Mungkin ada yang mengatakan usia ini sudah lewat untuk belajar membuat sesuatu keputusan.Tapi bagi James sendiri,James tetap berpuas hati sebab James dalam masa itu sedang menuju ke jalan kematangan dalam berfikir.kematangan dalam berfikir juga mempengaruhi kita dalam membuat sesuatu keputusan dalam hidup kita.Tanpa fikiran yang matang,keputusan yang kita ambil membahayakan kita sendiri.

Sebagai kesimpulannya disini,membuat sesuatu keputusan dalam hidup kita merupakan sesuatu yang penting.Keputusan yang kita ambil juga tak semestinya betul.Walaubagaimanapun kita perlu cuba untuk berfikir dengan sebaik mungkin agar kita mampu berpuas hati dengan setiap keputusan yang kita dapat.

Sekian terima kasih,
Yang benar:
James Bana

0 comments:

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Facebook Anak.Watan.Betong

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites