Rasanya lama juga James dah tak update blog ni...Alasannya James busy dengan Program Regatta yang diadakan di pekan Marudi sini.Masa Regatta ni tadi,memang James tak da masa untuk jenguk blog James.Bila James jenguk blog James,james tengok follower James dah bertambah..Dengan ini juga James ingin mengucapkan ucapan terima kasih banyak-banyak kepada semua follower blog Anak.Watan.Betong ni.Terima kasih diatas semua sokongan yang anda berikan...Cheh,macam ucapan dalam majlis perpisahan pulak ni...
Kepada semua follower blog James,mana-mana blog korang yang James belum folow korang bagitau James la k...James ni bukan jenis yang suka menghampakan orang dan memberikan harapan kosong.
Dengan kesempatan ini juga James ingin bercerita sedikit tentang pengalaman James sewaktu James mengikuti program Regatta di Marudi,Miri,Sarawak yang bermula dari 29 September 2011 hingga 02 Oktober 2011.Yang pertama sekali James tengok dalam list V.I.P yang akan datang ke Marudi,memang James dapat jangkakan macam mana kesibukan di sini nanti.Antara V.I.P yang akan datang adalah Sultan Brunei Darul Salam,Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (ketua menteri Negeri Sarawak) dan Isterinya,Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak dan banyak lagi menteri-menteri dari Sarawak yang lain.Tak dapat James nak jelaskan macam mana.
Tengok je list V.I.P tu James rasa lebih baik lah James tak payah terlibat dengan apa-apa tugas.Sebab James fikir masa ni lah masa yang paling busy.James rasa ni la peluang untuk James happy.Tapi niat James terpadam apabila S.A.O dari Pejabat Daerah menyuruh James bekerja bermula dari 30 September hingga 2 Oktober 2011.Dah la masa tu hujung minggu lagi.Sampai hari Ahad lagi tu.Dah la pada hari Isni bekerja seperti biasa.Herrrmmm..Nampaknya memang tak da masa untuk James berehat.Dengan hati yang berat,James pun mengikuti brieffing yang pertama dengan diaorang dari Pejabat Daerah.
Tu kali pertama James mendengar arahan dari S.A.O tu.Part ni la yang James nak cerita.Cara dia mengeluarkan arahan memang best.Dia tak da menekankan mana-mana staff dia.James memang suka arahan yang macam tak membebankan perasan kita.Sebagai contohnya,sebelum kita memulakan tugas,hati kita memang sudah tergores dengan kata-kata bos.Mana ada mood lagi nak buat kerja.Belum mula kerja pun sudah membebel.Ni la yang selalunya membuatkan James tertekan dengan arahan yang dikeluarkan oleh bos.bagi James sendiri,bos yang macam ni memang tak tahu nak ambil hati staff dan juga tak mempunyai banyak pengalaman bekerja.
Yang kedua,cara S.A.O ni mengeluarkan arahan dengan tegas dan berani.Dia punya arahan memang clear.Memang dapat kita fahami dengan cepat.Semasa dia memberikan arahan memang dia straight to the point.Dia tidak berasa takut untuk mengeluarkan arahan.Walaubagaimanapun,dia seorang yang lawak juga.Dia membuli James pada waktu tu.Dia suruh James bertugas awal sebab James ni masih muda dan membujang...hehheh..James cuma mampu tersenyum je.Sebagai contonya,dia tidak gagap dalam mengeluarkan arahan.Kebanyakan bos ni dia punya arahan sukar untuk kita fahami.Hal ini adalah disebakan seseorang bos itu tidak confiedent dengan arahan dia.Ketegasan dalam mengeluarkan arahan juga penting.Kalau kita tak tegas,mana orang nak ikut arahan kita??Betol tak bos-bos sekalian.
Yang ketiga dan terakhir ini adalah sewaktu seseorang itu melakukan kesilapan.kalau anak buah anda melakukan kesilapan anda marah tak??Tak marah??tak patut tak marah...rasa nak bagi je penendang tanpa bayang kan.Tapi bagi James sendiri,kita tak patut marah dengan sesuka hati.Walaupun kita dah marah tahap dewa sekalipun,cuba untuk menjaga hati orang lain.Kalau anda dah marahkan orang lain,orang lain mungkin akan kehilangan respect dengan anda semua.Kalau dah hilang respect tu,mana ada ngam lagi.Kalau dah tak ngam lagi,mana ada mood kerja.Kalau mood kerja dah tak da,rasa menyampah yengok muka masing-masing.ehheheh..Banyak juga effect dia kan.Berbalik kepada cerita S.A.O ni tadi,kalau seseorang itu membuat silap dia tetap akan anggap anda seperti biasa.Bukan dia buat tak tahu je,tapi dia masih menjaga perasaan orang lain kerana dia tak mahu orang lain membenci dia.Sebagai contonya,ada satu kali James lewat untuk bangun pagi disebabkan James dan kawan-kawan James pergi clubing malam tu.jadi keesokan harinya James lewat satu jam dari masa yang telah ditetapkan oleh S.A.O ni.Dia pun nampak James lewat untuk melapor diri bertugas.Dia terus memberikan James tugas seperti biasa.Ni la yang dikatakan bos yang sporting.Macam ni la baru bos,tetap cuba untuk menerima kesilapan dan kesalahan orang lain.
Sebagai kesimpulannya,walaupun kita ni bos,seseorang yang berada di atas dalam carta organisasi,kadang-kadang kita ni perlu juga memandang orang yang dibawah.kehebatan sesebuah organisasi bergantung kepada pekerja yang melakukan tugas ruti harian.Bos tak melakukan tugas ruti harian.Dalam sesebuah organisasi,perhubungan di antara staff dengan bos amat penting.jadi,kepada bos-bos sekalian,ataupun yang bakal menjadi bos sama-samalah renungkan ni.
P/S:kepada bos-bos sekalian,James ingin memohon maaf seandainya apa yang James coretkan ini menguris perasaan bos sekalian tika lena membaca.Jauh disudut hati James bukan untuk melukakan hati anda semua,tapi sekadar berkongsi pengalaman dengan anda semua.Mana yang baik dari James jadikan teladan yang kurang baik jadikan sempadan.
ADA CAHAYA
13 years ago
1 comments:
selalunya dlm apa saja organisasi mesti ada yg di atas yg suka membuli org bawahan..mana2 tempat mesti ada.
Post a Comment