Pemandangan Marina Bay dari balcony ParkCity Everly Hotel, Miri
Ruang lingkup kehidupan kita semestinya semakin hari semakin luas. Pastinya semakin sukar dari hari ke hari. Semua ni kita perlu anggap sebagai asam-garam untuk kehidupan sebenar di atas muka bumi Allah ini. Kalau hidup ni takde cabaran baru, hidup kita statik macam tu ajelah. Jauh berbatu-batu ditinggalkan orang lain.
Kalau harini kita pakai motor, mesti kita akan pakai kereta sendiri juga nanti. Kalau hari ni kita menyewa bilik, lepas ni mesti nak menyewa rumah dan lepas tu memiliki rumah impian sendiri. Itu belum lagi masuk part berkeluarga dan macam-macam lagi yang sukar untuk diramalkan.
Kalau gaji kita hari ni 3 ribu setiap bulan, sampai bila gaji kita nak sebanyak itu? Hari ini gaji kita cukup, esok lusa dah ada rumah, dah kahwin dan ada kereta mahal sikit, mana nak cukup lagi untuk gaji sebanyak itu.
Jadi kalau bukan hari ni kita move, bila lagi? Kalau yang duduk dengan family lagi tu, fikir balik sampai bila. Umur makin meningkat sampai bila nak hidup macam tu. Bila masa nak berdikarinya rasa susah payah sikit untuk hidup.
Khai kalau ikutkan dengan apa yang Khai buat sekarang, dah lama Khai balik kampung guna internet kat kampung untuk buat kerja. Mesti jimat kan sewa rumah tak perlu bayar, makan minum free, kos hidup pun rendah dan kalau perlu hulur pun, setakat di kampung, seratus dua dah lebih dari cukup. Tapi demi sebuah kehidupan yang ingin berdikari di bumi orang, kita merantau dan terus membanting tulang untuk hidup di negeri orang ini.
Pesanan kepada diri sendiri dan semua, agar setiap hari mampu memotivasikan diri sendiri dan ingat, dalam hidup ni kita buat sesuatu yang kita tahu mampu kita lakukan. Bukan rasa mampu untuk kita lakukan. Dalam hidup ni takde nak rasa-rasa lagi. Perlu ada satu keputusan sendiri kerana kita kenal siapa kita dan sejauh mana kemampuan kita. Kata orang tua, ukur baju di badan sendiri. Kata Khai, tepuk dada tanya selera. Jangan selera sahaja yang besar tapi usahanya tiada, percayalah kehidupan yang kita sangkakan berwarna-warni, sebenarnya hanya dipenuhi warna kegelapan yang semakin suram.
Renung-renungkan dan selama beramal.. Hehe. Pinjam tagline prof Izi haji Ali jap.. Hehe..
1 comments:
pozyczka gotowkowa bez bik
pożyczka bez bik chwilówka
pożyczka na dowód 2000
pożyczki pozabankowe pko bp
pożyczki bez bik opodatkowanie
szybkie kredyty przez internet bez bik
kredyt bez bik dla bezrobotnych
Post a Comment