Salam guys. Post ni actually untuk budak-budak bawah 15 tahun. Kalau korang yang dah tua (haha) tu pun rasa nak baca, why not kan? Nanti boleh share dengan adik-adik ke, anak-anak ke atau mungkin isteri muda wannabe? Wohha! Nak isteri muda sila bela dari kecik kata orang. Hehehe. Yang perempuan toksah sibuk nak bela-bela budak lelaki. Apa kes perigi cari timba.
Entri ni pendek je (mudah-mudahan). Bila dapat tahu esok lusa budak-budak PMR nak amik result dan tak lama lagi budak-budak SPM pulak, rasa kesian diorang ni bila sakit jiwa nak tunggu result ni keluar. Habis frust menonggeng. Baguslah kalau ada rasa risau tu sebab korang bukan saja risau sebab takut kena maki dengan mak ayah, tapi juga sedar betapa jauhnya masa depan yang harus korang lalui lagi.
Tapi selalunya mereka yang risau ni, kebanyakkannya dah terlambat. Baru menyesal kenapa sebelum ni aku tak belajar betul-betul. Bila mak ayah letak harapan yang tinggi nak tengok result, baru korang nak menyesal. Dulu time cikgu ajar korang tidur atau lebih palat lagi, korang panjat pagar belakang sekolah. Bajet gangster lah tu buat macam tu? Time korang sekolah, korang rasa la macam gangster. Nanti bila dah besar korang nengok budak-budak sekolah pulak buat macam tu, kerat jari kalau korang tak rasa macam nak sepak je sekor-sekor.
Apa yang korang lalui dah pun James lalui. Result James tak lah sebagus mana dan tak la seteruk mana. Kira ok la Berbaloi'lah dengan usaha Khai time sekolah dulu. Tapi time James STPM,result James teruk.Mungkin disebabkan James terlalu busy dengan tugas James.Maklumlah time sekolah dulu James jadi ketua pengawas.Sebelum tu James jadi ketua penganas,tapi lepas James masuk ke tingkatan 4 James jadi budak baik.Semua baik-baik belaka,tak de benda yang tak baik.
UPSR just menempatkan korang di SAP(sekolah asrama penuh) atau sekolah biasa. Ini tak berapa penting sebab sekolah biasa pun berkualiti cikgu-cikgu'nya cumanya kalau di SAP, schedule korang tu lebih penuh dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat.
PMR korang pun tak berapa penting. Just nak nengok ke mana hala-tuju korang. Masuk kelas pandai ke atau masuk kelas bodoh. Dapat awek pandai macam korang atau dapat awek yang bodoh macam korang. Kalau dapat awek pandai, korang sama-sama lah akan jadi manusia berguna nanti. Kalau dapat awek bodoh macam korang jugak, dua-dua ada harapan cerah nak jadi bodoh sampai mati. (Ini teguran cara James. Memang laser pandai-pandailah nak paham2 sendiri. Hehe)
SPM ni fuh susah nak cakap. Korang pun faham-faham sendirilah. SPM ni menentukan korang samaada masuk ke Universiti atau terus duduk dirumah tanam anggur. Pendek kata, masa depan cerah akan mula wujud bermula dari result SPM. Jadi SPM ni memang wajib untuk buat betul-betul. Tak payah lah nak jadi samseng kampung. Tinggalkan member korang yang samseng tu. Anggap je diorang tu takde masa depan. Pergi bergaul dengan kawan-kawan yang pandai. Maka korang pandailah nanti.
Kalau korang rasa dah terlambat nak bertaubat dan tengah tunggu result SPM, cukuplah korang berdoa semoga subjek Bahasa Melayu korang lulus. Kalau tak lulus bermakna, tak dapat sijil SPM yang sama juga maksudnya macam korang tak pernah pergi sekolah dari darjah 1 sampailah form 5. Buat habih boreh mak bapak korang je kasi makan minum dan bayar yuran sekolah semua. Isk budak-budak ni!
Adik-adik, memang bukan Universiti tu menentukan masa depan korang. Yang tak sekolah pun ada yang boleh berjaya kan? Tapi pilih samaada cara senang atau susah je lah. Syed Mokhtar Al-Bukhary dulu bawa RM50 je pergi KL sebelum dia mulakan perniagaan padi di Kedah dan sekarang dia antara Top 10 bumiputera yang terkaya kat Malaysia ni. Tapi itu dia berpuluh tahun yang lalu bawak RM50 pergi KL. Sekarang korang bawak RM50 pergi KL, tak sampai 5 jam, korang dah jadi peminta sedekah dah. RM50 zaman sekarang ni tak ubah macam tisu. Dia punya pengaliran tu dah sama macam tisu korang buat lap hingus. Kalau RM1 toksah ceritalah. Tahu tissue jamban? Imagine lah sendiri.
Dan Syed Mokhtar Al-Bukhary tu nasib dia baik. Adakah korang akan bernasib baik juga macam dia? Hidup ni tak boleh berpegang pada nasib tanpa usaha, betul tak? Even doa tanpa usaha pun takkan jalan, ape lagi dengan nasib. Takde maknanya. Main nombor ekor tu ye ikut nasib. Itupun kena usaha juga cari number-number plate orang eksiden. Fuh minta dijauhkan dari keturunan kita semua main nombor ekor ni. Haram tu boleh rosak darah daging 7 keturunan makan duit yang jelas haram di mata.
Apapun semua terletak pada pangkal hati masing-masing. Nak hidup senang atau hidup susah bila dah berkeluarga nanti. Kalau korang dah ada anak, korang mesti nak anak korang pandai dan hebat. Itulah apa yang mak bapak korang nak sekarang. So jangan hampakan mereka. Malu mereka dengan jiran-jiran dan saudara-mara bila ada jiran dan saudara tanya result korang. Kalau mereka malu, itu dah masuk kategori menconteng arang atas muka mereka. Better korang conteng guna marker pen ke dari pakai arang. Nampak sopan sikit. Haha! Apapun pastikan yang bukan permanent marker. Hehe!
Ingat, bila korang dah habis SPM dan dapat result yang tak best, korang akan rasa jeles nengok member-member yang best dapat masuk Universiti. Dan korang awal-awal pagi dan bangun tunggu bas nak pergi kerja kilang. Bila member tu dah graduate, korang akan rasa jeles lagi bila dapat tahu member tu dapat kerja gaji ribu-ribu dan korang masih lagi kerja di kilang yang sama dengan gaji yang sama serta mengadap muka supervisor yang sama. No choice hah?
Time tu korang berdoa kalaulah Tuhan putarkan semula masa ke belakang, mesti korang akan belajar rajin-rajin dan nak kerja best-best macam member korang tu. Tapi sedarlah diri kita ni bukan maksum, tambah pula dengan doa yang agak melampau macam tu. Menangis air mata darah je lah.
So mulakan dari awal ye adik-adik. Nanti menyesal masa akan datang. Kalau taknak dengar cakap korang punya pasal lah. Mak bapak dan Cikgu kat sekolah pun dah berbuih-buih mulut suruh belajar rajin-rajin tapi ada yang buat bodoh je walaupun dah memang bodoh. Sampai ada yang rasa nak lempang je cikgu tu empat lima das kasi banyak lagi buih kat mulut cikgu tu. No wonder ada kes murid sekolah belasah cikgu. Memang kesian cikgu ni kan? Dia marah dan nasihat sebab dia sayang korang. Kalau tak sayang, gi lantak korang lah. Betul'lah kata pepatah yang cikgu ni adalah lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Cikgu sampai mati akan tetap sebagai cikgu tapi yang diajar'nya adalah bakal jadi seorang doktor, peguam, blogger (wohha), atau mungkin seorang Perdana Menteri yang jauh akan hidup senang melebihi dia sebagai seorang guru.
Mungkin korang yang masih sekolah ni sekarang rasa cikgu tu kuat membebel dan annoying entah ape ape. Tapi bila dah habis sekolah nanti baru korang tahu yang pesanan cikgu tu adalah benar-benar belaka. Dan korang kalau boleh nak cari cikgu tu dan melutut minta maaf sebab tak dengar cakap dia dulu. Tapi sekali lagi, segalanya telah terlambat.
0 comments:
Post a Comment