Anak.Watan.Betong

Sebuah blog pribadi yang mengisahkan tentang kehidupan blogger itu sendiri dan juga mempamerkan isu-isu semasa.

Friday, July 29, 2011

Mat Punk

Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut... Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut... Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?" Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk.. dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakk...

Al-Kisah Si Koboi

Al-Kisah... Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata : Si Ular : "Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari". Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya : Si Koboi : "Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?". Tanya Si Koboi. Si Ular : "Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?". Kata Si Ular Itu. Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata : Si Koboi : "Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang...

Thursday, July 28, 2011

Tiga kali je..

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun. Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria. "Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?" Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn...

Harta pusaka nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya. Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..." Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek). Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek." Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?" Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya." Rahmat : "???...

Kisah 3 Beradik Yang Kahwin Serentak

Alkisah, ada 3 orang adik beradik, yang mana ketiga-tiga perempuan. Anak yang sulung, namanya Rozana, yang kedua namanya Rozita, dan yang ketiga nama Roslina. Oleh kerana mereka ini anak kesayangan kedua orang-tuanya, maka mereka dikahwinkan bertiga secara serentak dengan pasangan pilihan masing-masing. Selepas berkahwin, pergilah mereka berbulan madu atau dalam bahasa Inggerisnya Honeymoon ditempat yang berasingan mengikut selera mereka dan pasangan masing-masing. Rozana memilih untuk berbulan-madu ke Pulau Tioman di Pahang, Rozita pula bercadang nak ke Pulau Pangkor, Perak dan Roslina ke Langkawi, Kedah. Sebelum mereka pergi berbulan madu, kedua-orang tua mereka berpesan dan meminta agar mereka menghantarkan berita tentang segala apa yang terjadi sepanjang tempoh berbulan-madu itu. Oleh...

Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 D, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok. Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan. Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana? Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh.. Murid-murid: Ohh…. begitu.. Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu …. Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak! Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas. Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat????? Mamat: Ha….aaa (dengan bangga) Cikgu: Ayah kamu kerja apa? Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu. Cikgu: Patutl...

Noda² Hina

Aku ditempatkan disuatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong, aku masih ingat nama itu. Dialah yg memiliki kami. Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe. Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong. Joe menghampiri dan membawa aku pergi.Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang. Alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan, tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa. Perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku. Dilurut-lurutnya berkali-kali. Namun apakan daya, sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku.Joe menghela nafas panjang.. bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku.. apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? Syukurlah jika begitu..masih ada...

Menggali Petikan Kata-Kata Sang Motivator

Ni entri yang James terima melalui email...entri nie telah James ubah sedikit untuk kepentingan bersama.Jom la kita sama-sama menghayati cerita ini... Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku." Hadirin terkejut dan terpaku... Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku." Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa. Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur, "Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku." Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya...

Hargailah orang yang menyayangi mu...

Jika isteri menangis di hadapanmu…. “hargailah ia sblm terlewat…” Jika seorang isteri menangis di hadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi… Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Kepada kita kaum Adam ini, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam...

Harimau kecundang di tanggan Singa

Semalam lepas James tengok video kat laptop James,James pun nak buat kopi.Terasa haus juga tekak James lepas tengok video...Sementara tunggu air masak tu,James pun tengok tv sekejap...Lepas habis berita jam 8,James pun tengok Tv1.Cun-cun pulak siarang langsung Malaysia lawan Singapura masa tu.... Jadi James pun tengok Malaysia main sampai minit ke 90.Pada awal lagi James memang akan menyanka Malaysia akan kalah memandang Malaysia tidak mendapat apa-apa pada 45 minit pertama..Sedangkan Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 2-0 untuk mengalahkan singapura.Lagi satu yang James dapat lihat daripada perlawanan ini.Semasa siaran langsung nie diadakan,banyak...

Wednesday, July 27, 2011

lagak budak tadika yang sudah matang fikirannya

Entri ni James dapat daripada email kawan James.James tengok entri ni pun best jugak untuk dibaca kitaorang semua...harap korang terhibur lah dengan entri James ni... Di dalam sebuah kelas, seorang cikgu tadika bertanyakan satu soalan, " Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?" Adik Mat mengangkat tangan dan menjawab soalan tersebut, "Kosong cikgu". "Kenapa kosong Mat?" Tanya cikgu. "Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu." "Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat. 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir". Habis kelas, cikgu dengan ikhlas dan murah hatinya belanja Adik Mat makan aiskrim. Adik Mat yang sedang menjamu aiskrim itu tiba-tiba bertanya, "Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Sorang...

Saturday, July 16, 2011

Terima kasih sayang

Melalui ruanagan blog James ini,James ingin mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua rakan James yang mengucapkan happy birthday kepada james sama ada melalui ruangan FB atau pun melalui handphone....terima kasih semua.... ************************************************************************************ Sekali lagi James nak ucapkan terima kasih,TERIMA KASIH SEMUA>>> ......I LOVE YOU ALL FREN.... sila klik gambar tersebut untuk melihatnya lebih je...

...Happy birthday to me....

Sebenarnya 16 Julai 2011 adalah Birthday James,tapi James tak cellebrate disebabkan masalah kewangan dan masalah pribadi yang James hadapi.Pada awalnya James rasa macam pelik juga bila James tak celebrate birthday James ni..Reasonnya,James selalunya akan celebrate birthday James tiap tahun...tapi tahun ni James tak dapat nak celebrate... Kat ruangan ni sebenarnya James nak kongsikan dengan kawan tentang perbanding diantara masa hari lahir James tahun lepas dengan hari lahir James tahun ni.Pada 13-Julai 2010,James telah dipertemukan dengan seorang perempuan yang James tak sangka James dapat menyayangi dia dengan sepenuh hatii.Ini adalah kerana niat awal James untuk couple dengan dia adalah sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja....tapi diawal pertemuan James dengan dia pada malam 13 Julai...

Monday, July 11, 2011

CERITA LUCU DAN ANEH PEMIMPIN UMNO

Oleh : MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN Tulisan saya kali ini akan memaparkan kisah-kisah lucu dan pelik yang dilakukan oleh pemimpin UMNO di negara ini. Mari kita mulakan dengan gelagat pemimpin UMNO Melaka. Siapa lagi kalau bukan Ketua Menterinya sendiri iaitu Mohd Ali Rustam. Pihak akhbar melaporkan kata-kata Mohd Ali Rustam ketika beliau menjustifikasi pengurniaan gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan setalah aktor tersebut dikurniakan Darjah Mulia Seri Melaka ( DMSM ) “Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata keputusan mengurniakan gelaran ( Datuk ) telah dicadangkan kepada Yang Di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob oleh mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin baru-baru ini. Daim berkata ini adalah cara untuk mempromosi Melaka dan aktor tersebut telah merakam...

Lebih 100,000 desak Najib letak jawatan

Pengguna Facebook luah kemarahan KUALA LUMPUR: Lebih 100,000 pengguna laman web sosial, Facebook, semalam mendesak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, meletakkan jawatan, selang dua hari selepas Himpunan Gabungan bagi Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) 2.0 diadakan, lapor sebuah laman berita dalam talian. Halaman itu, yang dipercayai dibentuk selepas ribuan orang membanjiri ibu kota Malaysia, Sabtu lalu, telah menarik sekurang-kurangnya lima pengguna yang menekan butang 'like' setiap saat dan mencecah 100,000 kira-kira 3.50 pagi semalam. Sebaik sahaja menekankan butang 'like', ratusan pengguna menulis 'Anda Dipecat' pada laman itu, sambil merujuk perkara itu kepada perdana menteri keenam Malaysia itu. Halaman itu juga menyasarkan sejuta pengguna untuk menyokong dan menarik...

Rancangan kerajaan untuk menukar perlembagaan Malaysia

Kaum muda sokong Al-Quran ganti Perlembagaan Persekutuan BANGI: Satu kajian terbaru di kalangan golongan muda Islam di Malaysia menunjukkan bahawa majoriti berpendapat Perlembagaan Persekutuan wajar digantikan dengan Al-Quran sebagai panduan perundangan negara itu. Sekitar 72 peratus responden yang ditemui dalam satu kajian kendalian bersama menyatakan pendirian mereka menyokong Perlembagaan digantikan dengan Al-Quran, manakala 25 peratus lagi tidak bersetuju, menurut laporan satu laman berita setempat. 'Ada sokongan kuat bagi hukuman di bawah kanun jenayah syariah iaitu hukum hudud dan pandangan agar Al-Quran menggantikan Perlembagaan Persekutuan,' kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Encik Ibrahim Suffian, seperti ditukil laporan The Malaysian Insider, ketika membentangkan hasil kajian...

Wednesday, July 6, 2011

lebih baik berdiam diri daripada menjawab

pada hari ahad dalam minggu ni James rasa sangat teruk. Abang James telah bergaduh dengan isterinya. Tetapi yang menjadi mangsanya adalah James. Walaupun James tak salah apa-apa James juga yang menjadi mangsanya. Walaubagaimanapun James tetap sabar. Waktu James kena marah tu James mengambil keputusan untuk tidak menjawab. Walaupun James bukan seorang yang sabar, James akan cuba untuk bertahan setakat yang mampu. Tapi selepas pekara tu terjadi hubungan kekeluargaan kami menjadi renggang. James banyak menghabiskan masa dengan bersendirian. Kalau dulu James lepas balik kerja James akan menonton tv terlebih dahulu dan mengambil masa untuk tidur...

Busyetttt....

...

Page 1 of 20123Next

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Facebook Anak.Watan.Betong

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites