Monday, July 11, 2011

CERITA LUCU DAN ANEH PEMIMPIN UMNO

Oleh : MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN

Tulisan saya kali ini akan memaparkan kisah-kisah lucu dan pelik yang
dilakukan oleh pemimpin UMNO di negara ini.

Mari kita mulakan dengan gelagat pemimpin UMNO Melaka. Siapa lagi kalau bukan Ketua Menterinya sendiri iaitu Mohd Ali Rustam. Pihak akhbar melaporkan kata-kata Mohd Ali Rustam ketika beliau menjustifikasi pengurniaan gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan setalah aktor tersebut dikurniakan Darjah Mulia Seri Melaka ( DMSM )

“Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata keputusan mengurniakan gelaran ( Datuk ) telah dicadangkan kepada Yang Di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob oleh mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin baru-baru ini. Daim berkata ini adalah cara untuk mempromosi Melaka dan aktor tersebut telah merakam penggambaraan filem di negeri itu beberapa tahun yang lepas. Berapa adegan filem One 2 Ka 4 telah difilemkan di A Famosa Resort di Alor Gajah pada tahun 2001. Ini, kata Ali Rustam telah mengakibatkan ramai orang melawat Melaka. Gelaran ini diberikan di atas penghargaan kepada perkara tersebut” ( Terjemahan dari laporan akhbar the Star )

Lucu dan anehnya cara pemimpin UMNO Melaka ini berfikir . Hanya kerana ada satu adegan dalam filem Bollywood yang melibatkan Shah Rukh Khan di Melaka maka aktor tersebut layak mendapat gelaran Datuk. Kalau ini hujahnya betullah kata Y.B Lim Kit Siang kenapa tidak beri sahaja gelaran Datuk kepada pelakon Hollywood iaitu Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones yang juga ada melakukan adegan di dalam filem Entrapment berlatar belakang Twin Towers di Kuala Lumpur pada tahun 1999.

Kalau inilah taraf pemikiran pemimpin UMNO bagaimana pula agaknya taraf pemikiran ahli-ahli UMNO di peringkat bawah yang telah mencalonkan Mohd Ali Rustam sebagai calon Timbalan Presiden UMNO ?

Apabila melihat cara Ali Rustam memberikan alasan bagi menjustifikasi tindakannya saya teringat alasan bodoh yang diberikan oleh pemimpin Babylon, Namrud yang berdebat dengan Nabi Ibrahim a.s. Apabila Nabi Ibrahim berhujah bahawa Tuhan Nabi Ibrahim ( Allah s.w.t ) adalah Tuhan yang menghidupkan dan mematikan maka Namrud mengatakan kalau itu hujahnya maka beliau juga adalah Tuhan. Lalu Namrud memanggil dua orang maka dibunuh seorang dan dibiarkan seorang lagi hidup ( tidak dibunuh ) . Lihatlah betapa dangkalnya hujah seorang pemimpin yang jauh dari nur Islam. Maka sebab itulah apabila Nabi Ibrahim mengatakan bahawa Tuhan beliau ( Allah s.w.t ) menerbitkan matahari di sebelah timur , silalah wahai “Tuhan Namrud” benamkan matahari tersebut di sebelah barat !! Maka tercenganglah Namrud yang bodoh dan angkuh tersebut !

Amat malang pemimpin UMNO Melaka ini tidak menyedari ( atau sengaja tidak mahu sedar ) betapa rapuhnya dan tidak betulnya menjadikan Shah Rukh Khan sebagai model yang harus dihargai dan dimanifestasi penghargaan tersebut dengan gelaran Datuk. Hujah pemimpin UMNO ini hanya berdasarkan prinsip madiyyah ( kebendaan ) semata-mata. Di dalam teori pemikiran , pemikiran sebegini dinamakan pemikiran “hedonistic utilitarianism” –pemikiran yang hanya memikirkan kesenangan duniawi semata-mata.

Sebagai seorang Islam apa yang boleh dan wajar kita hargai dari seorang aktor yang hanya mengaku Islam pada namanya tetapi tidak pada amalan sehariannya. Bukankah aktor tersebut berkhawin dengan seorang gadis yang bukan Islam ( yang bukan tergolong ahlul kitab ) dan melangsungkan perkahwinan tersebut mengikut upacara yang tidak selari dengan Syariat Islam ?

Bukankah banyak filem Bollywood yang menyiarkan lakonan aktor tersebut sering memaparkan adegan-adegan yang tidak sihat dan tidak bermoral yang bukan sahaja betentangan dengan Islam tetapi juga budaya orang-orang timur. Kalau inilah aktor yang harus kita sanjung tunggulah saat kehancuran kamu wahai UMNO !!!

Sekarang kita berpindah pula ke adegan lucu dan pelik yang kedua. Kali ini kita berpindah ke Daerah Gombak di Selangor. Barisan Bertindak Gombak yang dinaungi oleh UMNO telah melancarkan kempen menandatangani sokongan supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terus dikekalkan. Turut hadir di dalam pelancaran tersebut ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Gombak, Said Anuar Said Ahmad dan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Selangor, Mohamad Mustafa Latif.

Penasihatnya, Datuk Ahmad Bujang berkata, ISA yang merupakan asas kepada pembinaan negara serta penting dalam memastikan keamanan tidak sepatutnya dihapuskan.

"Kami akan pastikan akta ini terus dikekalkan dan dalam tempoh sebulan ini, kami akan dapatkan seberapa banyak tandatangan daripada rakyat Malaysia untuk meraih sokongan supaya akta ini dikekalkan. Seterusnya, banner dan buku tandatangan ini akan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar," katanya selepas melancarkan kempen berkenaan pada majlis hari raya di sini hari ini.

Lihatlah betapa pelik dan anehnya cara pemimpin UMNO berfikir ! Akta yang membenarkan seorang itu ditahan tanpa bicara selama enam puluh hari dan seterusnya penahanan tersebut boleh dilanjutkan tanpa sebarang tempoh masa dengan orang yang ditahan tersebut tidak dibenarkan sama sekali mencabar budibicara Menteri yang memutuskan penahanan tersebut masih mahu terus dikekalkan.

Bukan sahaja para pemimpin UMNO ini gagal membantah kezaliman Akta ini malahan ia mahu ia dikekalkan . Bukan sahaja mereka mahu mengekalkan Akta jahanam tersebut malahan sanggup pula berkempen untuk Akta zalim itu terus kekal. Mengekalkan Akta yang zalim hanya membawa satu makna iaitu kami ( baca pemimpin UMNO ) mahu mengekalkan kezaliman !!!

Mari lihat pula kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang memberitahu bahawa badan itu menerima banyak aduan politik wang sepanjang mesyuarat cawangan parti tersebut baru-baru ini.
Katanya, sehingga kini, sebanyak 521 aduan direkodkan di mana 116 telah disiasat, manakala 54 kes pula sedang disiasat yang kebanyakannya kerana politik wang.

Politik wang adalah rasuah. Ia adalah haram di sisi Islam. Pemberi rasuah ( Al-Rashi ) dan Penerima rasuah ( Al-Murtasyi ) akan berada di Neraka seperti mana maksud sebuah hadith Rasulullah s.a.w. .Rasuah juga satu kesalahan di sisi undang-undang .

Kepimpinan pula menurut Islam adalah satu amanah. Ia adalah satu perkara yang besar . Dalam sebuah hadith diriwayatkan antara lain bahawa Imam ( pemimpin ) itu adalah penggembala dan bertanggungjawab di atas gembalaannya.

Bagaimanakah mereka yang bersedia untuk menawarkan diri memegang amanah sanggup menggunakan kaedah yang haram ( rasuah ) untuk berjaya memegang amanah tersebut .
Hujah di atas mungkin berharga bagi seorang Islam di dalam parti Islam. Tetapi bagi UMNO ini pula hujah mereka :-

Politik wang adalah satu umpan manakalah kepimpinan adalah hadiah yang lumayan. Tidak kisah habis sedikit wang untuk membeli umpan asalkan umpan boleh membawa kepada hadiah yang lumayan. Persetan politik wang itu rasuah yang penting kami ingin menang meskipun menang dengan tidak bermaruah !

Lihatlah meskipun telah kehilangan lima negeri yang mereka kuasai sebelum ini, hubungan intim pemimpin UMNO dengan rasuah tidak pernah berubah baik dulu, kini dan tidak tahu sampai bila !!

0 comments:

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Facebook Anak.Watan.Betong

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites