Wednesday, July 6, 2011

lebih baik berdiam diri daripada menjawab

pada hari ahad dalam minggu ni James rasa sangat teruk. Abang James telah bergaduh dengan isterinya. Tetapi yang menjadi mangsanya adalah James. Walaupun James tak salah apa-apa James juga yang menjadi mangsanya. Walaubagaimanapun James tetap sabar. Waktu James kena marah tu James mengambil keputusan untuk tidak menjawab. Walaupun James bukan seorang yang sabar, James akan cuba untuk bertahan setakat yang mampu.

Tapi selepas pekara tu terjadi hubungan kekeluargaan kami menjadi renggang. James banyak menghabiskan masa dengan bersendirian. Kalau dulu James lepas balik kerja James akan menonton tv terlebih dahulu dan mengambil masa untuk tidur sekejap di waktu petang. Tapi kini James tak lagi seperti itu, James terus mandi dan masuk bilik.


Beberapa pekara yang James dapat lihat dari kejadian ini. Yang pertama adalah,apabila seseorang itu marah dia tak akan dapat kawal mulut dan sikap dia. Ini terbukti apabila kakak ipar James memarahi James sedangkan James tak da salah. Banyak orang di dunia ini yang cuba untuk mengawal orang lain tapi tak mampu untuk mengawal diri sendiri.”many people want to conquer the world but can’t conquer himself”. Betul ke English aku ni..ehehhe.. biasalah bukan orang yang educated.
Yang kedua James mendapati bahawa apabila terjadi sesuatu pekara ,keadaan sekeliling akan berubah. Ini juga terbukti apabila James telah berubah . seperti yang James katakana tadi James banyak telah berubah dan banyak menghabiskan masa dengan bersendirian daripada bersama dengan “keluarga” James disini. Benar kata orang,sesekali ombak(masalah) menghempas pantai(diri kita),sesekali pantai(diri kita)akan berubah... hahha hebat tak perumpamaan James???



Yang ketiga,bila terjadi sesuatu masalah sukar untuk kita mengambil keputusan yang betul. Selepas hal ini terjadi, James mengambil keputusan untuk balik kampung dan meninggalkan pekerjaan James. Tetapi tindakan James ini mendapat tentang dari kawan James yang menolong James untuk mendapatkan pekerjaan ini dahulu. Dia katakan bahwa James seperti orang yang bersalah jika lari daripada masalah. Bukan James hendak lari sebenarnya Cuma James tak tahan dengan keadaan sebegini sebenarnya. Biasanya beginilah keadaan James. Bila James mendapat sesuatu masalah, James akan cuba untuk lari.

Itu pandangan James dari kakak ipar James .Satu pekara yang James pelajari dari diri James sendiri iaitu berdiam lebih baik daripada menjawab. Ini adalah kerana,jika kita menjawab sewaktu orang itu sedang marah,dia akan menjadi semakin marah. Bila seseorang itu marah,dia akan membawa api. Bila kita menjawab,kita juga membawa api. Apabila api bertemu dengan api,maka api itu akan menjadi semakin marak. Dengan ini,lebih baik kita bersabar saja. Banyak lagi orang yang mendapat masalah besar daripada kita. Cuba untuk mengawal diri walaupun dalam kemarahan.
Ini sahaja yang dapat James kongsikan untuk hari ini. Besok James juga akan berhadapan dengan satu lagi masalah berkenaan dengan kerja James. Petang tadi pihak pembangkang dating ke pejabat James untuk bertanyakan tentang status permohonan seorang perempuan cina. James terpaksa explain dengan bos James baik-baik agar dia punya permohonan dapat diluluskan. Kalau tidak James akan mendapat masalah nanti…
Ok nanti lain hari kita akan berjumpa lagi dalam artikel yang lain. Salam perpaduan dan salam satu Malaysia. Chewahhh…..

0 comments:

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Facebook Anak.Watan.Betong

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites