Monday, July 11, 2011

Rancangan kerajaan untuk menukar perlembagaan Malaysia

Kaum muda sokong Al-Quran ganti Perlembagaan Persekutuan


BANGI: Satu kajian terbaru di kalangan golongan muda Islam di Malaysia menunjukkan bahawa majoriti berpendapat Perlembagaan Persekutuan wajar digantikan dengan Al-Quran sebagai panduan perundangan negara itu.
Sekitar 72 peratus responden yang ditemui dalam satu kajian kendalian bersama menyatakan pendirian mereka menyokong Perlembagaan digantikan dengan Al-Quran, manakala 25 peratus lagi tidak bersetuju, menurut laporan satu laman berita setempat.
'Ada sokongan kuat bagi hukuman di bawah kanun jenayah syariah iaitu hukum hudud dan pandangan agar Al-Quran menggantikan Perlembagaan Persekutuan,' kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Encik Ibrahim Suffian, seperti ditukil laporan The Malaysian Insider, ketika membentangkan hasil kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.
Menurutnya, lebih ramai lelaki berbanding dengan wanita mahukan Al-Quran menggantikan Perlembagaan Persekutuan.
'(Bilangan) Muslim di Sabah dan Sarawak rendah (dalam soal ini), hanya separuh daripada mereka mahukan Perlembagaan Persekutuan digantikan dengan Al-Quran,' kata Encik Ibrahim mengenai hasil kajiannya itu.
Seramai 1,060 responden dilibatkan dalam tinjauan itu, yang dijalankan antara Oktober dengan November tahun lalu.
Para responden itu berusia antara 15 dengan 25 tahun.
Kajian perbandingan itu juga melibatkan para responden dari Indonesia.
Ketika ditemui, Encik Ibrahim berkata, sebagai seorang Muslim, adalah normal bagi mereka memberikan pandangan sedemikian memandangkan Al-Quran adalah sebahagian daripada kehidupan Muslim.
'Kita tidak boleh menidakkan (hakikat ini) sebab Al-Quran adalah sebahagian daripada hidup umat Islam. Dan, saya melihat ia disebabkan pelbagai faktor... Al-Quran adalah cara hidup mereka, bukan sahaja di Malaysia malah di negara Islam yang lain,' jelasnya lagi.
Sementara itu, kira-kira 75 peratus golongan belia Islam di Malaysia juga tidak atau kurang berminat dalam politik - dengan 66 peratus belum lagi mendaftar sebagai pengundi, kata Merdeka Center, dalam satu kajian bersamanya dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Goethe Institut Malaysia dan Yayasan bagi Kebebasan Friedrich Naumann Foundation cabang Malaysia, serta Lembaga Survei Indonesia.


KEKUASAAN POLIS GANTI KETINGGIAN PERLEMBAGAAN
Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Jika hobi boleh didefiniskan sebagai satu amal perbuatan yang berterusan yang dilakukan dengan penuh keceriaan maka kerja menangkap dan menahan orang yang terlibat dengan perhimpunan boleh dikatakan sebagai hobi pihak polis di negara ini. Tetapi hobi itu sendiri ada yang baik dan ada yang tidak baik. Menangkap orang yang hanya berhimpun secara aman sudah pasti adalah satu hobi yang tidak baik.

Bercakap tentang perhimpunan aman di negara ini ianya dikawal oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah hak yang asas yang dijamin oleh undang-undang tertinggi di negara ini. Secara teorinya apabila sesuatu hak itu dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan kita boleh katakan hak tersebut adalah satu hak yang amat penting. Tidak sepertimana di England di mana Parlimen adalah kuasa yang tertinggi di negara tersebut, di negara ini Perlembagaan Persekutuan diisytiharkan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini ( lihat Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan )

Tetapi itu hanya di dalam teori. Kata-kata manis sering diabadikan di dalam teori. Tetapi apa yang penting adalah perlaksanaannya secara praktikal. Dari segi praktisnya jaminan dan perlindungan hak berhimpun secara aman di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak memberi nilai apa-apa. Benar, ianya tidak memberi nilai apa-apa. Secara praktisnya, apa yang berlaku adalah kuasa polis amat besar di dalam isu perhimpunan. Ketinggian kuasa polis ( police supremacy ) hakikatnya menggantikan ketinggian Perlembagaan Persekutuan ( constitutional supremacy ).

Bagaimana ini berlaku ? Sebahagian kesalahan itu bolehlah kita kaitkan dengan penggubal Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Meskipun Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk berhimpun secara aman namun penggubal Perlembagaan masih merasakan perlunya memberikan kuasa kepada Parlimen ( elemen lain selain dari Perlembagaan ) untuk menghadkan hak berhimpun secara aman di dalam Perlembagaan itu. Walau apa pun niat penggubal Perlembagaan itu, apa yang pasti mereka tidak sedar apabila Parlimen dikuasai oleh parti yang sama untuk tempoh yang panjang , hak berhimpun tersebut dengan mudah di”noda” oleh Parlimen itu sendiri.

Memandangkan Parlimen sering dikuasai oleh BN sejak Pilihanraya Umum yang pertama, ahli-ahli Parlimen BN menggunakan kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan untuk menghadkan hak berhimpun tersebut. Maka digubalnya satu akta untuk tujuan tersebut iaitu Akta Polis 1967.

Seksyen 27 dimasukkan di dalam Akta Polis tersebut. Seksyen tersebut bukan sekadar menghadkan hak berhimpun tetapi sebaliknya “membunuh” hak berhimpun tersebut .
Terima kasih kepada penguasaan BN di Parlimen , hak rakyat untuk berhimpun di mana mana bahagian di dalam negari ini kini bergantung kepada belas ikhsan seorang Ketua Polis Daerah ( KPD ). Bayangkanlah hak berhimpun yang dijamin oleh undang-undang tertinggi di negara ini kini ditentukan oleh sekeping permit yang dikeluarkan oleh seorang KPD yang amat berkuasa dan sering menyalahguna kuasa. Fakta bahawa KPD adalah proksi BN adalah suatu yang sukar nak dipertikaikan.

Sebagai satu contoh lihat sahaja amalan diskriminasi pihak polis baru-baru ini. Perhimpunan menyokong ISA yang dianjurkan oleh badan-badan yang dinaungi UMNO di Jalan Tun Razak pada 23 November tidak langsung diganggu oleh polis jauh sekali ditangkap. Sebaliknya perhimpunan menentang ISA anjuran Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA ( GMI ) yang dibuat di sebelah malam pada hari yang sama di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya menyaksikan ratusan kehadiran polis bertopeng merah dan berakhir dengan tangkapan 9 orang termasuk Y.B Salahudin Ayub dan Tuan Haji Mohamad Sabu atas alasan tiada permit. Kita pun tidak pasti pada malam itu adakah rakyat berhimpun tiada permit atau hakikatnya polis yang berhimpun tanpa permit !!


Terdapat dua bentuk perhimpunan di dalam Akta Polis 1967. Pertamanya perhimpunan di tempat awam yang memerlukan permit polis di bawah seksyen 27 Akta Polis.. Keduanya perhimpunan di premis persendirian yang tidak memerlukan permit dan ianya di kawal oleh seksyen 27A Akta Polis.

Dalam banyak keadaan , pihak KPD sering tersalah anggap bahawa Akta Polis memberikan kuasa yang amat luas kepada mereka untuk memberikan atau tidak memberikan permit. Hatta Akta Polis membenarkan perhimpunan yang diberikan permit dibatalkan permitnya tanpa sebarang alasan perlu diberikan. Sering kali pemberian permit dinafikan di atas alasan yang diulang-ulang iaitu menjejaskan keselamatan negara sedangkan apa yang berlaku ianya menjejaskan keselamatan UMNO !!! Pernah berlaku di Negeri Sembilan polis membatalkan permit kerana perhimpunan berhampiran dengan kubur !!! Pernah juga berlaku perhimpunan yang nak di buat di Muar dan di Klang , KPD meminta tuan rumah mengemukakan geran tanah !! Minta permit dah macam buat pinjaman di bank !

Sebagai peguam dan aktivis politik saya mempunyai pengalaman yang agak banyak dengan Akta Polis. Sebagai peguam saya banyak mengendalikan kes-kes yang melibatkan pemimpin, ahli dan penyokong Pas di seluruh negara dan Alhamdulillah setakat ini hampir semua kes, kita ( Pas ) menang di Mahkamah. Sebagai aktivis politik pula saya sendiri sudah dua kali dimasukkan ke dalam lokap di bawah Akta Polis ini.

Pengalaman mengendalikan kes perhimpunan haram di bawah Akta Polis memberi keyakinan kepada saya pihak polis khususnya KPD tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan Akta itu sendiri.

Saya pernah menyoal balas seorang KPD di Mahkamah dan bertanyakan dia perbezaaan seksyen 27 dan seksyen 27A Akta Polis dan dia tidak boleh menjawab. Saya katakan kepada KPD tersebut bagaimana beliau boleh memproses permohonan permit jika beliau sendiri tidak tahu seksyen 27 dan 27A Akta Polis.

Seorang KPD pernah ditanya oleh saya perhimpunan yang macam mana perlu mendapatkan permit dan dia menjawab perhimpunan yang dihadiri oleh tiga orang. Saya pun bertanya jika saya, isteri saya dan anak saya berhimpun di rumah adakah saya perlu dapat permit dia pun menjawab begini : Oh. perhimpunan yang perlu permit mesti dihadiri oleh empat orang . Saya tanya lagi kepada dia : Baiklah jika empat orang saya tambah satu lagi anak saya adakah masih perlu permit. KPD tersebut tidak dapat jawab dan beliau ditertawakan oleh polis-polis yang ada di Mahkamah dan juga oleh tuan Majistret sendiri.

Polis mungkin berkuasa menangkap dan menahan rakyat yang tidak berdosa yang berhimpun secara aman . Tetapi apabila berada di Mahkamah saya berani mengatakan polis adalah saksi yang paling tidak berkuasa dan paling teruk apabila memberikan keterangan mereka di Mahkamah di dalam kes-kes perhimpunan haram.

Yang terbaru apabila Dr Hatta dan seorang lagi aktivis Partai Keadilan didakwa terlibat di dalam perhimpunan haram ( perhimpunan protes kenaikan minyak ) di bawah seksyen 143 Kanun Keseksaan, kami sebagai peguambela dengan mudah berhujah dan berjaya meyakinkan Mahkamah bahawa pertuduhan itu tidak sah dan dakwaan ke atas Dr Hatta patut dibatalkan. Hujah kami perhimpunan haram di bawah seksyen 143 mestilah mempunyai 5 orang ke atas dan memandangkan hanya dua orang sahaja di dakwa maka pertuduhan itu tidak sah. Mahkamah bersetuju dengan kami dan memerintahkan Dr Hatta di bebaskan tanpa bicara.

Untuk pasukan polis janganlah buang masa menggangu perhimpunan aman rakyat. Bukankah lebih baik tenaga dan masa anda ditumpukan kepada menangkap para penjenayah yang sebenar. Di situlah letaknya kemuliaan uniform anda !


antara komen yang diberikan oleh para blogger...

salam...

maaf ana bicara perkara luar tajuk..

tentang respon blogger "tom cruise" berkaitan keruntuhan ekonomi kapitalis..ana harap enta dapat buat satu respon terhadap beliau yang nyata menolak mekanisma ekonomi islam dengan satu tulidan yang ana kira boleh me"was-was"kan orang awam muslim khususnya..


Shopping Blog said…

Many jewelers have personnel links jewellery on staff that is able to create a unique piece of jewelry to your specifications, links of london bracelet sale and if there are no personnel that can accomplish this task, links of london charms sale they can order it specially made for you. Not only do you have links of london womens watches the option of making this piece exactly the way you want it links of london rings sale to look, but no one will have one exactly like it. links of london necklaces sale Unique diamond jewelry does not have to be gaudy, but many people think gaudy is gorgeous.


leader said…

In most cases, thomas sabo charms buildings insurance covers the sourcing cost of rebuilding or thomas sabo restoring your properties structure in a case where it is destroyed by an event paid for thomas sabo bracelets by your home insurance plan, whilst contents insurance protects the price of replacing specified things. cheap thomas sabo watches Families are often demanded to order home insurance as a general condition of obtaining their mortgage, thpmas sabo although, they may be under no obligation to buy it using their mortgage service provider.

1 comments:

This comment has been removed by a blog administrator.

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Facebook Anak.Watan.Betong

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites