Wednesday, September 21, 2011

Jawatan kosong LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA


LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional,dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai jabatan ini
TARIKH IKLAN : 13 September 2011
JAWATAN
A1 - Penolong Pegawai Eksekutif (Pentadbiran)
Gred 31(1 Kekosongan)
A2 - Penolong Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 31(1 Kekosongan)
A3 - Penolong Pegawai Eksekutif (Kejuruteraan) Gred 31(2 Kekosongan)
B1 - Pembantu Tadbir (Perakaunan) Gred 21(6 Kekosongan)
B2 - Pembantu Tadbir (Khidmat Pelanggan) Gred 21(18 Kekosongan)
C1- Penjaga Jentera Elektrik Gred 11(5 Kekosongan)
D1 - Pembantu Am (Perkhidmatan Am) Gred 1(17 Kekosongan)
D2 - Pembantu Am (Penghantar Notis) Gred 1(3 Kekosongan)
D3 - Pembantu Am (Pemandu Kenderaan) Gred 1(1 Kekosongan)
KELAYAKAN
A1
Memiliki Diploma Pentadbiran Awam dari institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya;
ATAU
Diploma bidang pengurusan harta benda dari institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya;
DAN
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
DAN
Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurangkurangnya
2.70 dan ke atas bagi diploma yang berkenaan.
Bagi pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
(LHDNM) yang tidak memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul
(CGPA) 2.70, pegawai hanya layak memohon sekiranya telah
berkhidmat 5 tahun dan ke atas.
A2
Memiliki Diploma Pentadbiran Awam dari institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya;
ATAU
Diploma dalam bidang Undang-undang dari institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya;
DAN
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
DAN
Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurangkurangnya
2.70 dan ke atas bagi diploma yang berkenaan.
Bagi pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
(LHDNM) yang tidak memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul
(CGPA) 2.70, pegawai hanya layak memohon sekiranya telah
berkhidmat 5 tahun dan ke atas.
A3
Memiliki Diploma Kejuruteraan Awam atau Kejuruteraan
Mekanikal dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
DAN
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
DAN
Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurangkurangnya
2.70 dan ke atas bagi diploma yang berkenaan.
Bagi pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
(LHDNM) yang tidak memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul
(CGPA) 2.70, pegawai hanya layak memohon sekiranya telah
berkhidmat 5 tahun dan ke atas.
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
Jabtan ini merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional,
dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Jabatan ini .
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek
Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut ;
ATAU
Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia
peringkat pertengahan (Simpan Kira) atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
ATAU
Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia
peringkat tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
ATAU
Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau sijil penyimpan
kira-kira dari politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan
dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
DAN
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
B2
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam
Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer)
DAN
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
C1
Pemohon mestilah tamat Tingkatan III Sekolah Menengah
Rendah Bantuan Penuh Kerajaan;
Sekurang-kurangnya memiliki Sijil Kekompetenan Kategori AO
(Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan;
DAN
Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa
Malaysia dengan memuaskan.
D1
Memiliki Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat
peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
D2
Memiliki Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat
peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;
DAN
Mempunyai lesen menunggang motorsikal yang sah.
D3
Memiliki Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat
peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;
DAN
Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I mana
berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan
(P) ];
DAN
Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara
kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim
perkhidmatan ini.
* Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup
iklan.
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
Jabatan ini  merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional,
dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Jabatan ini  .
BERSAMA MEMBANGUN NEGARA
** Bagi pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat dalam
perkhidmatan Pembantu Tadbir atau Pembantu Am yang
mana berkenaan adalah layak dipertimbangkan oleh
LHDNM untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke Skim
Penolong Pegawai Eksekutif atau Pembantu Tadbir
tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan :-
a) mempunyai kelayakan akademik seperti di atas;
atau
b) lulus peperiksaan khas yang ditetapkan (bagi
bidang yang mana berkenaan);
c) berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh
lantikan.
BIDANG TUGAS
A1
Menguruskan hal-hal perkhidmatan meliputi urusan
pengambilan, pertukaran, pengesahan jawatan, tanggung
kerja, tamat perkhidmatan dan lain-lain urusan yang berkaitan.
Menguruskan perolehan pembelian secara rundingan terus,
pertambahan kerja / peningkatan kos, pembelian kontrak
pusat.
Mengendalikan urusan gaji, elaun dan kemudahankemudahan
lain pegawai.
Mengurus dan melaksanakan majlis rasmi LHDNM.
A2
Mengendalikan kes Rayuan Cukai dan Semakan Kehakiman
di Mahkamah dan di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai
Pendapatan.
Menyediakan perjanjian-perjanjian dan draf Perintah
Pengecualian di bawah undang-undang percukaian.
Menyediakan dokumen-dokumen yang akan difailkan di
mahkamah.
Memberi dan menyediakan pendapat undang-undang secara
lisan dan bertulis mengenai undang-undang.
A3
Membuat lawatan pemeriksaan ke tapak untuk kerja
pengubahsuaian, penyelenggaraan dan pembaikan bagi
tujuan penyediaan spesifikasi, sebut harga dan anggaran
harga.
Menyediakan spesifikasi, sebut harga dan anggaran harga
untuk kerja-kerja mekanikal.
Menyemak sebutharga dan harga kerja-kerja pengubahsuaian,
penyelenggaraan dan pembaikan LHDNM.
Menyelia dan memantau kerja pengubahsuaian,
penyelenggaraan dan pembaikan LHDNM.
B1
Membantu menyediakan laporan pendapatan dan laporan
prestasi perbelanjaan.
Menyemak Borang Perubahan Gaji bulanan dan memproses
cetakan penyata dan lembaran gaji mengikut cawangan.
Menyemak, memproses dan menyediakan surat-surat yang
berkaitan dengan semua permohonan pinjaman kenderaan
dan komputer.
Membantu menyediakan waran peruntukan untuk semua
Pusat Tanggungjawab.
B2
Bertanggungjawab untuk mengendalikan dengan cekap dan
berkualiti semua panggilan telefon daripada luar yang
berurusan dengan LHDNM.
Bertanggungjawab untuk mengendalikan dengan cekap dan
berkualiti semua panggilan telefon daripada dalam dan
menyambungkan panggilan kepada Agensi/pegawai yang
diperlukan.
Bertanggungjawab untuk melayani pelanggan/tetamu yang
berurusan dengan LHDNM serta memberikan penerangan
kepada pelanggan/tetamu yang ingin mendapatkan penjelasan
mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh LHDNM.
Membantu pelanggan/tetamu untuk berurusan dengan
pegawai yang berkaitan mengenai isu berbangkit (sama ada
mengenai aduan atau maklum balas yang diperlukan).
C1
Membaiki sebarang kerosakan elektrik.
Memulihkan perkakas suis voltan rendah serta membuat ujian
elektrik pada setiap masa.
Menyelenggara dan memeriksa semua pendawaian,
suis,’starter panel and control panel’ serta motor elektrik dan
lain-lain yang berkenaan.
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
Jabatan ini  merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional,dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Jabatan ini  .
BERSAMA MEMBANGUN NEGARA
D1
Bertugas untuk mengedar surat-surat atau fail-fail kepada
pegawai-pegawai.
Membuat tugas fotostat, menyusun, menjilid dokumendokumen,
mengangkat dan menyusun barang-barang/alat-alat
bekalan daripada stor.
Mengemas dan menyusun atur bilik mesyuarat/bilik gerakan
sebelum dan selepas mesyuarat serta menjalankan tugastugas
berkaitan.
Menjalankan tugas untuk melaksanakan kerja-kerja
selenggaraan, pembetulan/pembaikan yang kecil dan mudah.
Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan dan mematuhi
arahkan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
D2
Menerima, menyerah dan menyempurnakan notis/petisyen
kebankrapan, winding-up, writ of summon, saman
sivil/jenayah, notis tuntutan/permohonan yang telah
didaftarkan oleh mahkamah untuk diserahkan kepada yang
kena tuntut/yang kena tuduh (pembayar cukai).
Menyediakan dan mengangkat sumpah di hadapan
Pesuruhjaya Sumpah bagi affidavit penyerahan/tanpa serah
untuk saman/dokumen yang diserahkan/tidak dapat
diserahkan dan menfailkan ke mahkamah berkenaan.
Mendaftarkan saman-saman jenayah/dokumen ke
mahkamah dan mengambil dokumen yang telah didaftarkan
untuk tindakan pegawai unit sivil/jenayah.
D3
Membawa pegawai-pegawai kanan ke tempat rasmi tepat
pada masa.
Memandu dan memastikan kenderaan pejabat sentiasa
berada di dalam keadaan baik, bersih dan selamat digunakan.
KRITERIA YANG DIPERLUKAN
 Berdaya saing, asertif, pemikiran kritis, dinamik serta
matang.
 Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan
kemahiran interpersonal yang baik.
 Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran
komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris. Berkemahiran dalam bahasa etnik
seperti Mandarin, Tamil dan bahasa lain adalah satu
kelebihan.
 Aktif dalam kegiatan luar terutama dalam bidang sukan,
seni mempertahankan diri dan pasukan beruniform.
GAJI
Skim Gaji Jawatan :
A1 – A3
RM1998.00 – RM4950.00
B1 – B2
RM1370.00 – RM3417.00
C1
RM1715.00 – RM3207.00
D1 – D3
RM1123.00 – RM2592.00
FAEDAH
LHDNM menawarkan faedah yang menarik kepada
kakitangannya seperti kemudahan cuti rehat, rawatan
perubatan dan pergigian, pinjaman perumahan, pinjaman
kenderaan, pinjaman komputer, peluang membina kerjaya,
kursus-kursus untuk kemajuan diri dan kemudahan sukan dan
rekreasi.
CARA MEMOHON
Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang
sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah dibuat
melalui Laman Web JobsMalaysia (Kementerian Sumber
Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my .
Permohonan dari calon-calon pegawai LHDNM yang masih
berkhidmat (bertaraf Tetap, Kontrak dan Sambilan)
hendaklah dibuat melalui melalui sistem yang boleh dicapai
melalui URL http://kerjaya.hasil.gov.my/eKerjaya .
Semua permohonan tidak perlu dicetak/di pos ke LHDNM.
Nama calon-calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu
duga akan dipamerkan di Laman Web LHDNM dan akan
dimaklumkan melalui surat. Pemohon juga digalakkan sentiasa
menyemak melalui Laman Web LHDNM untuk mengetahui
maklumat berkenaan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
26 September 2011

0 comments:

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Facebook Anak.Watan.Betong

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites