Thursday, April 14, 2011

Ceburi ternakan ikan empurau

Golongan Bumiputera perlu ambil peluang terhadap permintaan pasarannya yang tinggi, kata Uggah
BETONG: Masyarakat Bumiputera digalakkan menceburi ternakan ikan empurau bagi memenuhi permintaan pasaran yang tinggi dari dalam dan luar negeri.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas berkata empurau merupakan produk bernilai tinggi dan mampu mencecah harga pasaran sehingga RM3,000 sekilogram.
Menurutnya, kerajaan telah menyediakan peruntukan bernilai RM4.5 juta bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan empurau di negeri ini.
Justeru katanya, rakyat khususnya golongan Bumiputera harus memanfaatkan peluang ini untuk melibatkan diri dalam ternakan empurau sekali gus membantu meningkatkan tahap ekonomi mereka.
“Ikan empurau mempunyai permintaan pasaran yang tinggi dari dalam dan luar negeri dan mampu mencecah harga serendah RM500 sekilogram hingga RM3,000.
“Menerusi penglibatan dalam ternakan ikan empurau ini ia bukan sahaja membuka peluang ekonomi kepada rakyat malah bertepatan dengan matlamat kerajaan ke arah status negara berpendapatan tinggi,” katanya ketika ditemui di rumah panjang keluarga isterinya dalam daerah ini semalam.
Tambah Uggah, kerajaan menerusi Jabatan Pertanian sedang melaksanakan projek pembiakan ikan empurau di Tarat, Serian bagi menghasilkan anak ikan yang bermutu tinggi.
Hasil daripada projek pembiakan ini, ikan empurau bukan sahaja boleh didapati dengan mudah di seluruh negeri malah turut dapat dinikmati masyarakat dari luar khususnya Semenanjung Malaysia.

0 comments:

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Facebook Anak.Watan.Betong

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites