Tuesday, April 12, 2011

Helikopter yang membawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhempas di Sibu , Sarawak

SIBU: Sebuah helikopter terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu, di tengah-tengah bandar raya berkenaan pada 1.40 petang tadi selepas menurunkan tiga penumpangnya termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dataran itu. Juruterbang helikopter itu, satu-satunya yang berada di dalam pesawat itu ketika kejadian, dihantar segera ke Hospital Sibu untuk rawatan. Keadaannya masih belum diketahui. Setiausaha Akhbar Muhiyddin, Hafiz Abdul Halim yang ketika itu sedang berjalan menuju ke RH Hotel, kira-kira 100m dari dataran itu terkejut dengan kejadian itu. "Helikopter itu tidak mengalami apa-apa masalah semasa kami berlepas dari Bintangor atau semasa dalam penerbangan. Saya sedang berjalan menuju hotel apabila saya dengar ia terhempas," kata Hafiz yang sebelum itu menaiki helikopter itu bersama-sama dua pegawai keselamatan. Muhyiddin dan pegawai khas beliau yang menaiki helikopter berasingan turut mendarat di dataran yang sama sebelum kejadian itu. Mereka juga baru pulang dari Bintangor. "Timbalan Perdana Menteri dan rombongannya selamat," kata Hafiz.

0 comments:

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service

Facebook Anak.Watan.Betong

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites