Berikut adalah beberapa senarai yang membuatkan korang kelihatan sangat-sangat ketinggalan zaman. So kalau terkena batang hidung, pandai-pandai la majukan diri.Kalau ada salah maklumat, tolong betulkan
1. Apabila ditanya mengenai apa alamat sesebuah website, korang akan menjawab "w w w, dot ... bla bla bla " instead of tanpa www. Ramai orang yang menjawab macam ni la.
2. Bila korang mendengar orang bercakap address website tanpa www, korang akan bertanya, " Eh, ade www ke takde? " ... Website banking seperti Maybank2u memerlukan WWW. Ini dikecualikan kalau member korang tanya ada www atau tidak.
3. Apabila menaip address sebuah website di browser, korang akan menaip secara penuh. Contohnya "www.scukz.com" atau "scukz.com".. Padahal orang zaman sekarang hanya akan menaip "scukz" diikuti Ctrl + Enter untuk "com", Shift + Enter untuk "net" dan Ctrl + Shift + Enter untuk "org". Untuk Firefox, website popular seperti myspace, facebook, yahoo, google dan sebagainya hanya memerlukan namanya sahaja. Contoh, taipkan Myspace dan hit Enter. Ia akan direct ke myspace.com.
4. Apabila tulisan di sesebuah website terlalu kecil, korang akan rapatkan kepala korang dengan monitor. Sepatutnya, korang hanya perlu hold "ctrl" dan "scroll up"
5. "Apa punye blog la. Buruk nak mampus".. Hurmm, padahal korang menggunakan Internet Explorer 5 dengan rosolution 800 x 600 ... Poor guys..
6. Anda membeli laptop berjenama Acer yang terkenal dengan harga murah tapi kualiti pasar malam. Macam kawan James dulu,dia cakap laptop Compaq harga sama tapi takde build-in camera macam Acer yang dia beli tu. Well, selamat berhibur dengan sound Acer yang hanya 45% kekuatan bunyi Compaq dan pelbagai masalah hardware dan driver beberapa bulan selepas itu. Percayalah! Mengikut pengalaman je. Lain orang lain pengalaman dan citarasa.
7. Berlumba-lumba beli handphone yang "ada 3G" kononnya mengikut trend, hakikatnya kredit yang selalu kosong dan 3G masih belum diactivate. Jika activate'pun, boleh dikatakan tak sampai 10 kali pun korang gunakan untuk video call mahupun internet.
8. Korang merasakan korang dah menaip laju padahal korang masih menggunakan 3 jari disebelah kanan dan 3 jari lagi disebelah kiri. Hanya mereka yang menggunakan 10 jari sepenuhnya boleh dianggap menaip laju. Kalau yang still guna satu atau dua jari tu, lagi la tak boleh diterima.
9. Korang kecoh cakap tak boleh nak nengok Youtube. Alasan internet lembap. Tak Guna Tmnet! Then masuk Anak.Watan.Betong ni pon korang kata slow dan lembap. Apa punya owner la korang kata. Ntah hosting lembap mana la dia sapu.James jugak kena. Hakikatnya, korang guna dial-up lagi rupanya. What the Fish?!! At least, Streamyx la babe!
10. Masih merasakan Blogspot jauh lebih baik dari WordPress. Malas nak komen macam-macam since ramai reader kat sini pun dari Blogspot kot. Kesimpulannya, bertukar kepada WordPress. Ape blogdrive lagi? hahaha. Oh! Tidak. Blogspot bukan tidak bagus tapi wordpress adalah terbaik.
11. Bila sebut tentang "Torrent", apa yang terlintas di kepala korang adalah ?, ?, ? dan ? .. Hurm, camne ni?
12. Masih beratur panjang kat Pejabat Pos untuk bayar bil air, api, astro dan sebagainya. Ek eleh, internet kan ade.. Method paling mudah, gunakan Maybank2u. Begitu juga untuk topup dan sebagainya. Nak beli Choki Choki tak boleh la yer.
13. Masih menonton berita jam 8 Malam di RTM1 berbanding TV3.. Berita Tv3 lebih telus dan merangkumi semua aspek. Mereka juga ternyata jauh lebih professional.
14. Masih menggunakan Internet Explorer untuk surf internet. Come on, tu browser yang paling 'haram' sekali untuk digunakan. James pelik, apesal kat kebanyakkan Cybercafe, malas sangat orang tu nak Install Firefox.
15. Tido pada jam 9 malam dan bangun pada jam 7 pagi. Korang dah bazirkan lebih dari 1/4 masa korang dalam sehari dengan tidur. Kalau sometime-sometime sebab penat boleh diterima, tapi kalau itu dah memang jadual korang, susah la nak cakap. Ianya dah melebihi masa tidur normal seseorang manusia. At least...
16. Masih menggunakan Yahoo! instead Google untuk search apa-apa di internet. Google adalah yang terbaik kalau korang nak search apa-apa maklumat. Untuk Yahoo! pulak, since Flickr (cara sebutan adalah "fliKer") tu dia punya, memang terbaik untuk search images yang cantik.
17. Ada orang tu cakap, korang akan ketinggalan zaman kalau korang hanya mempunyai satu pakwe dan makwe. Isk isk.. tapi bagi diri James ni bukan ketinggalan zaman pun sebab lain orang, lain dia nye citarasa kan. Jangan nanti Tuhan balas kene batang idong balik bila dah jumpa someone, baru tahu. Hehehe
18. Mohd Ismail mengatakan, seseorang tu even dia tak nampak ketinggalan zaman pun, tapi dia akan ketinggalan zaman dari segi pemikiran dia. Contohnya, korang nengok si Ali ni melaram punya la up to date David Backham, tapi pemikiran dia still low class. Orang dah ke 2.0, dia still in 1.0 .. Otak memang nak kene upgrade tu. Hehehe.
19. Hafreze kate, Korang ketinggalan zaman bila korang kene tipu idop-idop dengan mereka-mereka yang buat business web dalam internet ni. Contohnya, mereka charge dalam RM100 untuk install WordPress atau apa-apa CMS lain. Padahal menda tu korang boleh install terus je guna Fantastico dalam Cpanel. Hahaha. Lawak kan? Contoh? Niaga Kit (sila Google. Malas nak kasi trackback).
20. Still menggunakan sistem chat paling simple, MIRC. Tolong la bertukar ke Yahoo Messenger atau Google Talk. Kan lebih enak. Tapi itupun kalau gunakan MIRC untuk Chat. Kalau guna ke , korang mmg up to date. James tahu, MIRC bagus. Kepada yg pro2 tu, x perlu nak backup MIRc lagi ok.
21. Masih menyebut antivirus Kaspersky sebagai "kas-per-skai" walau pada hakikatnya patut disebut sebagai "kas-per-ski". Begitu juga Nike. Korang menyebut Nike sebagai "NaIk" walau pada hakikatnya patut berbunyi "Nai-Key". Hahaha. Macam Versace pon. Orang sebut "ver-sa-che", korang sebut "versis"..
22. Korang apply internet mahal-mahal sampai RM130 sbulan (contoh Maxis Broadband). Tapi masalahnya korang gunakan just untuk Online Myspace, Facebook dan sebagainya. Alahai? Boleh fikir cara camne nak guna internet jugak untuk bayar bil internet korang tu tak?.
24. Pos surat guna setem. Kalau nak Classical Touch tu lain la. Ini benda-benda remeh, teknologi kan ada. Kau pun tahu.
24 je la yang dapat James senaraikan. Sure banyak lagi kan. Kalau korang ada pendapat sendiri, letak kat komen yer. So dapat kita sama-sama ubah diri kita yang mungkin ada sedikit ketinggalan zaman kepada "nampak bijak" la jugak. Hehehe.
Psstt: Please jangan emosi kerana entri ini disiapkan dalam masa 5 minit (idea rambang ape yg terlintas). Kalau salah James minta maaf dan tolong betulkan dengan cara baik. Bukan secara sinis atau kata lainnya, agak biadap + macam bagus. Orait kan
0 comments:
Post a Comment